KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah mengambil tindakan segera menyiasat aduan tular berhubung dakwaan sotong yang dijual di Pasar Besar Kota Kinabalu mengandungi ikan di dalamnya.

KPDN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, satu pasukan operasi digerakkan ke pasar berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan dan mendapatkan penjelasan daripada peniaga terlibat.

“Siasatan awal mendapati keadaan itu bukan berpunca daripada tindakan sengaja peniaga untuk menambah berat timbangan atau mengelirukan pengguna.

“Berdasarkan penjelasan peniaga, hasil tangkapan laut seperti ikan dan sotong lazimnya diperoleh secara bercampur.

“Terdapat kemungkinan ikan yang masih hidup memasuki rongga badan sotong ketika berada di kawasan tangkapan sebelum dipasarkan.

“Selain itu, bahagian dalam sotong sememangnya mengandungi sisa makanan daripada habitat semula jadinya yang dalam keadaan tertentu masih menyerupai bentuk seekor ikan yang belum dihadam sepenuhnya,” menurut kenyataan berkenaan.

KPDN Sabah turut memaklumkan pemeriksaan mendapati peniaga berkenaan mematuhi peraturan di bawah bidang kuasa kementerian, termasuk mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang yang mempunyai sijil penentusahan sah.

Bagaimanapun, peniaga telah diberikan teguran dan nasihat supaya meningkatkan pemeriksaan terhadap hasil laut sebelum dijual bagi mengelakkan kekeliruan pengguna serta mengekalkan keyakinan orang ramai.

KPDN Sabah berkata pihaknya akan terus menjalankan pemantauan berkala di premis perniagaan bagi memastikan pematuhan undang-undang, selain tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran.

Orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan perdagangan disaran menyalurkannya melalui saluran rasmi KPDN untuk tindakan lanjut.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar