DBKL salur bantuan khas RM1,500 kepada penjaja terjejas Program Lestari Niaga

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyalurkan bantuan khas RM1,500 sebulan kepada penjaja yang terjejas akibat projek pembangunan semula di bawah Program Lestari Niaga bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara sepanjang tempoh kerja naik taraf dijalankan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, bantuan itu diberikan kepada penjaja yang terbabit selama tempoh tiga bulan pelaksanaan projek, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan diterima sebanyak RM4,500 seorang.

Beliau memaklumkan, pendekatan berkenaan lebih berkesan berbanding menyediakan tapak sementara kerana kosnya lebih tinggi selain berdepan risiko lokasi alternatif kurang strategik dan tidak menerima jumlah pelanggan setanding lokasi asal.

“DBKL buat kali pertama memberikan subsidi RM1,500 kepada penjaja yang terjejas dan saya kira ini model (pendekatan) paling efisien kerana jika diwujudkan tapak sementara, ia boleh menimbulkan isu baharu termasuk aduan daripada pihak lain.

“Selepas projek siap, penjaja akan kembali berniaga di lokasi yang sama dengan kemudahan yang lebih baik,” katanya kepada media selepas sesi lawatan inisiatif lestari niaga Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Beliau berkata, projek berkenaan bukan bertujuan menghalau atau menamatkan operasi perniagaan penjaja, sebaliknya usaha meningkatkan kualiti kemudahan, kebersihan dan keselamatan kawasan perniagaan.

Hannah berkata, DBKL perlu mengambil kira pelbagai pandangan termasuk penduduk, peniaga dan pemilik premis sebelum membuat keputusan berkaitan penempatan penjaja.

“Kuala Lumpur milik semua pihak, kita perlu seimbangkan keperluan peniaga untuk mencari rezeki dan hak penduduk yang tinggal berhampiran kawasan perniagaan.

“Selain itu, isu kebersihan, keselamatan dan keselesaan komuniti setempat perlu diberi perhatian dalam setiap pembangunan yang dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu. Hannah berkata, inisiatif berskala besar itu akan memberi manfaat kepada lebih 11,000 peniaga dan penjaja kecil bagi memastikan mereka dapat beroperasi dalam persekitaran lebih selamat, tersusun dan kondusif.

Menurut beliau, DBKL sentiasa mengambil pendekatan adil dengan mempertimbangkan pandangan semua pihak berkepentingan termasuk penduduk, peniaga dan penyewa bangunan dalam melaksanakan program penempatan semula dan naik taraf kawasan penjaja.

“Tahun ini, DBKL akan melaksanakan program ini di banyak lokasi. Dalam isu penempatan peniaga kecil, DBKL perlu mempertimbangkan pelbagai suara termasuk penduduk yang mahu kelancaran trafik, peniaga serta penyewa bangunan untuk menjalankan perniagaan.

“Kita kena bersikap adil kepada semua pihak kerana setiap mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai lokasi yang sesuai,” katanya.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan