Selangor tawar moratorium 3 bulan kepada 3,345 penyewa dan peminjam rumah

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengumumkan moratorium pembayaran selama tiga bulan kepada lebih 3,345 penyewa dan peminjam rumah di bawah skim kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu melibatkan 1,012 penyewa Program Smart Sewa Selangor serta 2,333 penjawat awam negeri yang menerima pembiayaan menerusi Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, penyewa Smart Sewa akan diberikan pilihan moratorium pembayaran sewa bagi tempoh tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2026.

“Kerajaan negeri memahami cabaran yang mungkin dihadapi rakyat sekiranya kos sara hidup terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Justeru, bantuan ini diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada golongan yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Fasa 2 Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.

Beliau berkata, pelaksanaan moratorium bagi penyewa Smart Sewa akan diselaraskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor berdasarkan permohonan yang dikemukakan, dengan peruntukan RM2.22 juta disediakan untuk tujuan tersebut.

Amirudin turut memberi jaminan bahawa kadar sewa bulanan Program Smart Sewa yang kini berada antara RM450 hingga RM1,300 akan dikekalkan tanpa sebarang kenaikan.

Selain itu, kerajaan negeri turut menawarkan moratorium pembayaran balik pinjaman perumahan selama tiga bulan kepada 2,333 penjawat awam negeri bermula Oktober hingga Disember 2026.

“Bagi membantu penjawat awam yang sedang menjelaskan pinjaman perumahan, pentadbiran negeri menyediakan peluang moratorium bayaran semula pinjaman rumah untuk tempoh tiga bulan,” katanya.

Sebanyak RM2.54 juta diperuntukkan bagi melaksanakan bantuan tersebut.

Menurut Amirudin, kedua-dua inisiatif itu merupakan sebahagian daripada Fasa 2 Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang diperkenalkan bagi membantu rakyat dan ekonomi negeri menghadapi ketidaktentuan ekonomi global serta gangguan rantaian bekalan dunia.

Secara keseluruhan, kerajaan negeri memperuntukkan RM209.26 juta untuk pelaksanaan Fasa 2, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sebanyak RM355.06 juta.

Related Posts

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

KOTA KINABALU – Sabah Dive Squad Club (Deus Diving Club) menyambut baik penguatkuasaan Akta Perikanan (Pindaan) 2025 [Akta A1780] yang mula berkuat kuasa pada 15 Jun lalu, sambil menyifatkan langkah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

KOTA KINABALU – India melihat Sabah sebagai pasaran yang mempunyai potensi besar untuk diterokai khususnya dalam sektor pelancongan, perdagangan dan teknologi. Pemangku Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Hitesh Rajpal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin