
TUAN rumah bersama, Mexico muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 di Stadium Guadalajara, hari ini.
Jaringan Luis Romo sejurus selepas rehat susulan kesilapan penjaga gol lawan memastikan Mexico layak sebagai juara Kumpulan A meskipun masih berbaki satu perlawanan.
Penjaga gol Mexico, Raul Rangel muncul wira apabila melakukan dua aksi menyelamat cemerlang pada minit-minit akhir untuk mempertahankan kelebihan pasukannya.
Menamatkan saingan sebagai juara kumpulan membolehkan Mexico kekal beraksi di laman sendiri pada pusingan 32 terbaik dan bakal berdepan salah satu pasukan tempat ketiga terbaik di Mexico City.
Korea Selatan kini menghuni tangga kedua dengan tiga mata, manakala Republik Czech dan Afrika Selatan masing-masing masih berpeluang mara selepas mengumpul satu mata.









