Pemimpin akar umbi perlu perkukuh perpaduan masyarakat

KOTA MARUDU – Pemimpin akar umbi perlu terus memainkan peranan sebagai ejen perpaduan bagi memastikan keharmonian dan kestabilan masyarakat sentiasa terpelihara.

Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Awang Kadin Tang berkata, pemimpin komuniti mempunyai tanggungjawab besar sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Peranan itu penting dalam memperkukuh semangat patriotisme, integriti serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Seminar anjuran bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan UPPM Sabah itu menjadi platform memperkasa pemimpin masyarakat agar lebih memahami peranan mereka dalam pembangunan komuniti,” katanya dalam satu kenyaatan media, pada Khamis.

Tambahnya, ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang seminar itu diharap dapat membantu melahirkan lebih ramai pemimpin masyarakat yang berwibawa dan berintegriti.

“Program itu merangkumi sesi kenegaraan berkaitan patriotisme, penghayatan Malaysia MADANI dan pemantapan jati diri kepimpinan dan ceramah dari Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) mengenai agenda pembangunan negeri,” kongsinya.

Dalam pada itu, seramai 850 peserta menghadiri seminar sehari itu yang melibatkan pemimpin masyarakat dari tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Kapor, Banggi, Pitas, Bengkoka, Matunggong, Bandau dan Tandek.

Turut hadir Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Sabah, Datin Shonitah Terang dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Nordin Lossin.

Related Posts

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkemaskan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menerusi pengukuhan jentera parti di semua kawasan Parlimen di Sabah. Pengerusinya, Datuk Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’

Hubungan dengan Allah SWT, restu ibu dorong kecapi ‘4 flat’