Antara nilai rahmah, maslahat ditanggung tuan rumah

DATA Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) merekodkan, kira-kira 215,000 pelarian dan pencari suaka berdaftar di Malaysia.

Daripada jumlah itu, lebih 193,000 berasal dari Myanmar, dengan lebih 123,000 adalah etnik Rohingya, menjadikannya kumpulan pelarian terbesar berada di Malaysia, sejak kemasukan mereka bermula pada era 1970-an.

Perlu diingatkan bahawa negara ini tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, dan kerajaan membenarkan UNHCR mengurus pendaftaran pelarian ke negara ini atas rahmah kemanusiaan semata-mata.

Ahli Lembaga Pengelola UCYP University, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah berkata, isu penempatan haram; pemerdagangan manusia; dan kos pengurusan etnik Rohingya menjadi perhatian dan membangkitkan kritikan dalam kalangan orang awam.

“Semalam Tuanku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titahnya menegaskan bahawa sifat belas ihsan dan perikemanusiaan yang diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara atau membiarkan pihak tertentu melangkaui batas yang ditetapkan undang-undang.

“Saya fikir perkara ini adalah tegas dan jelas dalam hal berkaitan kumpulan yang diterima masuk atas dasar kemanusiaan, namun akhirnya bersikap seperti ‘kacang lupakan kulit’.

“Isu membabitkan kumpulan seperti ini perlu ditangani secara tegas, berhemah dan dalam masa yang sama diuruskan dengan berkesan,” katanya.

Al-Sultan Abdullah semasa berkenan mencemar duli merasmikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang semalam bertitah, kebelakangan ini rakyat semakin gusar apabila melihat segelintir golongan yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

Dalam pada itu, Ahmad Irshadi menggambarkan sikap biadab sesetengah mereka dan disokong badan bukan kerajaan (NGO) menjadikan kumpulan itu berani mengemukakan tuntutan seperti penempatan kekal di lokasi tertentu di Malaysia.

Katanya, sikap seumpama ini seperti mencabar kedaulatan Malaysia.

“Dalam hal ini, peranan pihak berkuasa amat penting dan kritikal untuk memastikan masalah lambakan kumpulan atau etnik tertentu tidak terus berlaku di negara kita.

“Kita bimbang jika perkara ini terus dibiarkan tanpa penyelesaian jangka panjang, ia berpotensi mewujudkan cabaran sosial, pendidikan dan ekonomi yang lebih kompleks pada masa hadapan,” jelasnya.

Selepas lebih lima dekad kehadiran komuniti Rohingya di Malaysia, apakah nasib generasi baharu yang lahir dan membesar di sini? Mereka bukan warga Malaysia.

Etnik ini juga berdepan isu sama ada diterima kembali ke negara asal atau tidak.

Related Posts

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

PESTA sukan air Baram Regatta lazimnya diraikan dengan penuh kemeriahan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak. Namun, di sebalik sorakan dan perlumbaan perahu yang mendebarkan, masih ramai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib mencuri tumpuan apabila tampil mengenakan pakaian tradisional masyarakat Bidayuh sempena Program Niti Daun Peringkat Daerah Mukah 2026 pada Sabtu. Kehadiran Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos