Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

TAWAU – Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin meninggal dunia pukul 2.04 pagi Rabu, di Unit Kecemasan, Hospital Tawau.

Pemergian Allahyarham berumur 53 tahun itu dimaklumkan menerusi kenyataan di Facebook Rasmi IPD Tawau.

Urusan pengurusan jenazah akan dilaksanakan di Hospital Tawau sebelum disolatkan di Masjid As-Salam IPD Tawau.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke kediaman keluarga di Kampung Sungai Gading, Batu 17, Jalan Apas, Wakuba dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Jalan Apas.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Tawau sejak Mac 2022 itu meninggalkan seorang isteri dan enam anak.

Pemergian Allahyarham disifatkan suatu pemergian besar buat IPD Tawau selain pengamal media yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham.

Sementara itu, di laman rasmi Facebook IPD Tawau, warganet turut berduka cita atas pemergian Allahyarham yang disifatkan seorang pemimpin berjiwa rakyat, berdedikasi serta amanah memikul tanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

Warganet turut menzahirkan setulus takziah dan mendoakan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Related Posts

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

KUALA PERLIS – Pusat Pembelajaran Berasaskan Komuniti (CLBC) Kampung Seberang Ramai menerima kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi