10,825 KIR miskin tegar dikeluarkan dari senarai e-Kasih

TUARAN – Sabah berjaya mencapai sifar Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang direkodkan pada Januari 2026 selepas 10,825 KIR berjaya dikeluarkan daripada kategori berkenaan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pencapaian itu direkodkan berdasarkan data e-Kasih sehingga 31 Mei 2026 hasil pelaksanaan pelbagai intervensi bantuan secara bersepadu oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Jumlah KIR dalam kategori miskin turut menurun daripada 70,298 pada Januari kepada 57,710 pada Mei 2026, iaitu pengurangan sebanyak 17.9 peratus dalam tempoh empat bulan.

“Pendekatan berasaskan data, penyelarasan bantuan melalui PADANS dan e-Kasih serta pelaksanaan intervensi bersasar telah membawa perubahan signifikan kepada golongan sasar,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Program Outreach Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Selasa.

Tambah Hajiji, jumlah individu dalam kategori miskin yang merangkumi KIR dan Ahli Isi Rumah (AIR) turut berkurangan daripada 743,939 orang kepada 577,110 orang dalam tempoh yang sama.

“Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2024 menunjukkan insiden kemiskinan mutlak Sabah menurun daripada 19.7 peratus pada 2022 kepada 17.7 peratus pada 2024, manakala insiden kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

“Walaupun Sabah masih merekodkan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia, trend penurunan itu menunjukkan pelbagai dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan mula membuahkan hasil,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SMJ 2.0 menyasarkan kadar kemiskinan mutlak Sabah dikurangkan kepada sekitar tiga hingga lima peratus dan kadar kemiskinan tegar kepada antara sifar hingga 0.1 peratus menjelang 2030 melalui pelaksanaan program pembangunan yang lebih bersasar dan mampan.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta