Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga tempatan yang didapati menyewakan premis perniagaan kepada orang ketiga termasuk pelarian Rohingya untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara tidak sah di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, pemilik premis yang melanggar syarat lesen perniagaan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk pembatalan lesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut beliau, lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah khusus kepada pemegang lesen dan tidak boleh dipindahkan atau digunakan oleh individu lain, sama ada warga tempatan, warga asing mahupun pelarian.

“Ada keadaan tertentu apabila warga tempatan mengambil jalan mudah dengan menyewakan premis mereka berbanding mengusahakan perniagaan sendiri.

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan tegas yang berada dalam bidang kuasa PBT akan dilaksanakan mengikut peraturan serta undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-4 di Stadium Indera Mulia di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Saarani memaklumkan Program HBP kali ini merekodkan 262 aduan, iaitu jumlah tertinggi diterima setakat ini sejak program berkenaan diperkenalkan.

Katanya, daripada kira-kira 600 aduan yang diterima menerusi siri HBP terdahulu, sebanyak 498 aduan atau 83 peratus telah berjaya diselesaikan, manakala baki kes masih dalam tindakan kerana melibatkan isu yang lebih kompleks seperti urusan tanah dan perkara berkaitan.

“Setiap aduan yang dibawa mungkin berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu kita mahu membantu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat.

“Pencapaian ini membuktikan keyakinan rakyat terhadap program ini sebagai saluran berkesan untuk menyampaikan aduan dan mendapatkan penyelesaian secara terus daripada agensi serta jabatan berkaitan,” katanya.

Foto : FB Saarani Mohamad

Related Posts

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah mengambil tindakan segera menyiasat aduan tular berhubung dakwaan sotong yang dijual di Pasar Besar Kota Kinabalu mengandungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perobohan struktur penjaja UTC Sentul demi pembangunan semula, bukan halau peniaga

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan kerja-kerja perobohan struktur penjaja di Jalan 3/48A berhampiran UTC Sentul yang tular di media sosial bertujuan menamatkan atau memindahkan aktiviti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

Perobohan struktur penjaja UTC Sentul demi pembangunan semula, bukan halau peniaga

Perobohan struktur penjaja UTC Sentul demi pembangunan semula, bukan halau peniaga

DBKL salur bantuan khas RM1,500 kepada penjaja terjejas Program Lestari Niaga

DBKL salur bantuan khas RM1,500 kepada penjaja terjejas Program Lestari Niaga

Jangan tunggu tular baru PBT nak bertindak – Hannah

Jangan tunggu tular baru PBT nak bertindak – Hannah