Tindakan penguatkuasaan tegas kepada pemilik sewa premis termasuk pelarian Rohingya

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga tempatan yang didapati menyewakan premis perniagaan kepada orang ketiga termasuk pelarian Rohingya untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara tidak sah di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, pemilik premis yang melanggar syarat lesen perniagaan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk pembatalan lesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut beliau, lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah khusus kepada pemegang lesen dan tidak boleh dipindahkan atau digunakan oleh individu lain, sama ada warga tempatan, warga asing mahupun pelarian.

“Ada keadaan tertentu apabila warga tempatan mengambil jalan mudah dengan menyewakan premis mereka berbanding mengusahakan perniagaan sendiri.

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan tegas yang berada dalam bidang kuasa PBT akan dilaksanakan mengikut peraturan serta undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-4 di Stadium Indera Mulia di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Saarani memaklumkan Program HBP kali ini merekodkan 262 aduan, iaitu jumlah tertinggi diterima setakat ini sejak program berkenaan diperkenalkan.

Katanya, daripada kira-kira 600 aduan yang diterima menerusi siri HBP terdahulu, sebanyak 498 aduan atau 83 peratus telah berjaya diselesaikan, manakala baki kes masih dalam tindakan kerana melibatkan isu yang lebih kompleks seperti urusan tanah dan perkara berkaitan.

“Setiap aduan yang dibawa mungkin berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu kita mahu membantu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat.

“Pencapaian ini membuktikan keyakinan rakyat terhadap program ini sebagai saluran berkesan untuk menyampaikan aduan dan mendapatkan penyelesaian secara terus daripada agensi serta jabatan berkaitan,” katanya.

Foto : FB Saarani Mohamad

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017