LPKP Sabah perjelas isu pelaksanaan BAS.MY Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah tampil menjelaskan beberapa isu dan dakwaan yang tular di media sosial berhubung pelaksanaan perkhidmatan BAS.MY Kota Kinabalu di bawah Program Stage Bus Services Transformation (SBST) Sabah.

Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir berkata, projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan itu dilaksanakan secara telus dan mematuhi semua prosedur perolehan yang ditetapkan melalui sistem ePerolehan.

Katanya, pelantikan syarikat operator, Jaguh Bayu Sdn Bhd dibuat selepas melalui penilaian menyeluruh oleh Jawatankuasa Pembuka, Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan serta Lembaga Perolehan yang sah.

“Pemilihan bas jenis mini atau coaster adalah berdasarkan kesesuaian infrastruktur dan keadaan fizikal laluan di sekitar Kota Kinabalu yang mempunyai jalan sempit serta kemudahan hentian bas yang tidak sesuai untuk bas bersaiz panjang.

“Bas yang digunakan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam tender dan dilengkapi teknologi moden termasuk enjin standard EURO 5, sistem penyaman udara penuh, kamera litar tertutup (CCTV), Sistem Kedudukan Global (GPS) dan mesin e-tiket tanpa tunai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.

Beliau turut menegaskan, kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) akan diberi perhatian menerusi penyediaan lapan unit bas mesra OKU yang dilengkapi kemudahan tanjakan kerusi roda bagi lapan laluan utama perkhidmatan

Tambah Dairin, nilai kontrak sebenar yang dimuktamadkan adalah sebanyak RM86.19 juta bagi tempoh operasi lima tahun dan bukannya kos pembelian 48 buah bas seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Dana tersebut digunakan untuk membiayai operasi perkhidmatan dengan kadar bayaran RM3.74 bagi setiap kilometer perjalanan yang diselesaikan,” katanya.

Dairin berharap kerajaan akan terus memastikan kualiti perkhidmatan dipantau secara ketat menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bulanan dan tindakan tegas termasuk denda serta penolakan bayaran akan dikenakan sekiranya operator gagal memenuhi standard yang ditetapkan.

Related Posts

Durian Hub jadikan Pedu sebagai pusat pengeluaran durian

KUALA NERANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mewujudkan pusat pengumpulan hasil durian atau Durian Hub di lapan lokasi di Pedu, dekat sini menerusi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mayat wanita OKU ditemukan terapung di kolam ikan

TAWAU – Mayat seorang wanita OKU ditemukan terapung di sebuah kolam ikan di kawasan Jalan Sin Onn Tiku, di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman