Lelaki maut ditimpa tandan sawit

BAGAN SERAI – Seorang lelaki maut selepas ditimpa tandan kelapa sawit dalam kejadian di sebuah kebun di Parit Mat Keling di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 1.15 petang itu berlaku, ketika mangsa, Jamaluddin Ariffin, 49, melakukan kerja-kerja mengait sawit di kawasan berkenaan.

Difahamkan, semasa kejadian itu, tandan sawit yang dikait mangsa terjatuh dan menimpa kepalanya.

Abang mangsa, Abdul Wahab Ariffin, 51, berkata, kejadian itu hanya disedari pemilik kebun selepas menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring dan kaku di kawasan kebun berkenaan.

Menurutnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

“Arwah memang ambil upah mengait kelapa sawit milik penduduk di situ sebagai pendapatan keluarga.

“Sebelum ini, dia kerja kilang tetapi berhenti kerana perlu menjaga isterinya yang sakit,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pagi sebelum kejadian, Allahyarham sempat menangkap ikan dan menjualnya di pasar pagi di Masjid Tinggi.

“Dua hari lepas, dia ada suarakan kebimbangan dengan hutang motosikalnya yang masih berbaki RM4,000 sedangkan sebelum ini, arwah tak pernah merungut sebegitu.

“Pada awalnya saya anggap biasa sahaja, tetapi selepas kejadian ini, mungkin itu petanda dia akan pergi,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit