Dua mayat lelaki terapung di Ampang Jajar merupakan remaja OKU, pesakit psikiatri

ALOR SETAR – Dua mangsa yang ditemukan mati lemas di Sungai Kedah di sini hari ini dikenal pasti sebagai remaja orang kurang upaya (OKU) lembam dan pesakit psikiatri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa iaitu Saw Chee Wan, 16, dari Seberang Perak serta N. Thiagarah atau nama Islamnya, Muhammad Amin Abdullah, 46, dari Tanjung Bendahara dilaporkan hilang sejak kelmarin.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain pada pukul 9 pagi oleh petugas pembersihan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan keluarga, Chee Wan merupakan seorang OKU lembam manakala Muhammad Amin adalah pesakit psikiatri.

“Kedua-dua mangsa tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata, pengecaman mayat kedua-dua mangsa dilakukan oleh ahli keluarga masing-masing berdasarkan barang peribadi yang ditemukan bersama mereka.

“Pasukan forensik telah menjalankan pemeriksaan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan pada kedua-dua mangsa. Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta