Taubat segera jika terbabit dalam fahaman sesat

PUTRAJAYA – Individu terbabit dengan fahaman dan ajaran berkait Al-Arqam di negara ini haruslah bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, siasatan menyeluruh akan dilakukan dengan adil bagi melihat sama ada ajaran dan kepercayaan dalam kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mempunyai pertalian dengan ajaran Al-Arqam dan Rufaqa’.

“Mereka yang terlibat perlu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Masyarakat juga perlu sama-sama membantu sesiapa sahaja yang terperangkap dalam ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa fatwa Pulau Pinang berhubung ajaran dan kepercayaan dalam kumpulan GISBH, beliau memberitahu, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 31 Oktober 2006 telah membincangkan berkenaan usaha-usaha menghidupkan semula Arqam melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya.

“Mesyuarat memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman dibawa dan dipegang ahli jamaah (SRC) dan rangkaian syarikat gabungan adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. Keputusan ini telah diwartakan,” ujarnya.

Kelmarin, pihak berkuasa yang berkaitan menyerbu empat premis termasuk dua rumah jagaan yang dipercayai berkaitan GISBH di sekitar Seberang Perai dalam operasi khas.

Related Posts

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

KOTA KINABALU – Politik berasaskan perpaduan dan kebajikan rakyat dilihat sebagai pilihan terbaik dalam memastikan kestabilan negara, berbanding pendekatan yang membangkitkan sentimen perkauman. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini