Hentikan polemik sijil halal, ‘perang’ sudah tamat – Ab Rauf

KLUANG – “Bak kata Presiden UMNO (Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi) perkara ini (isu halal) sudah sampai ke noktah terakhir antara polemik halal ini dan tiada lagi perang-perang,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Abd Rauf berkata, beliau juga ada memberikan saranan membina kepada Ketua Pemuda UMNO yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan isu ini supaya diselesaikan dengan baik.

Beliau turut menggesa agar tiada mana-mana pihak menjadikan isu tersebut sebagai polemik atau ‘alat’ yang boleh menyebabkan hubungan baik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) terjejas.

“Sebenarnya kita sebagai ketua ada memberikan pandangan yang membina dan kita harapkan perkara ini boleh ditamatkan.

“Dan alhamdulillah berjalan baik dan saya harap jangan gunakan polemik ini untuk memecahkan semangat setia kawan yang ada. Kita (BN-PH) nak pergi jauh lagi daripada ini,” katanya ketika program Ziarah Kasih bersama Jentera BN di sini, pada Isnin.

Isu itu tercetus pada 8 September lalu apabila Akmal melabel Teresa Kok sebagai “nyonya tua” dan secara sinis meminta kerajaan menyediakan logo non-halal untuk “ditampal di dahi” pemimpin DAP itu.

Ia susulan tindakan Kok yang mempersoalkan cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mempertimbangkan mewajibkan restoran dan perniagaan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol mendapatkan pensijilan halal.

Susulan kenyataan Akmal itu, Kok mengeluarkan surat tuntutan pada 11 September lalu menuntut ganti rugi RM25 juta, yang dibalas oleh Akmal dengan menyatakan mereka akan berjumpa di mahkamah.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang