Jangan nafikan masalah Rohingya, abai nilai kemanusiaan – Marina Ibrahim

JOHOR BAHRU – Isu pelarian Rohingya perlu ditangani secara realistik dan tidak didorong emosi semata-mata kerana masalah itu melibatkan keseimbangan antara keselamatan komuniti tempatan dan nilai kemanusiaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak seharusnya menafikan wujudnya masalah sosial dan gangguan yang dirasai penduduk tempatan di kawasan yang mempunyai penempatan pelarian.

“Namun masyarakat juga tidak boleh bertindak melulu sehingga mengabaikan aspek kemanusiaan.

“Bercakap soal realiti, jangan pakai emosi. NGO jangan nafikan masalah yang ditimbulkan dalam komuniti tempatan, tetapi rakyat juga jangan hilang pertimbangan dan nilai kemanusiaan,” kongsinya di media sosial pada Jumaat.

Marina berkata, pengalaman beliau sendiri ketika menjadi Ahli Majlis sebelum ini membuka mata terhadap kesan yang berlaku di beberapa kawasan apabila penduduk tempatan memilih berpindah kerana tidak lagi selesa tinggal bersama lambakan penghuni Rohingya.

Menurutnya, beliau juga pernah mengajar kanak-kanak Rohingya dan mengesan isu perkahwinan awal melibatkan remaja perempuan bangsa itu.

“Saya ajar mereka tentang adab, kebersihan, hormat kepada kepelbagaian kaum dan agama serta pendidikan seksualiti. Saya percaya ilmu boleh membentuk manusia dan mengurangkan gangguan kepada penduduk tempatan.

“Ada pelajar yang tidak hadir beberapa hari dan apabila ditanya, rakannya memberitahu dia sudah dikahwinkan oleh keluarganya,” katanya.

Sehubungan itu, Marina menggesa kerajaan memperincikan data pelarian mengikut negeri dan daerah, selain menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan kewujudan sindiket kemasukan dan penjualan kad UNHCR.

Beliau turut menggesa kerajaan mengadakan perbincangan lebih telus dengan UNHCR mengenai pelan penempatan semula pelarian ke negara ketiga serta tempoh menunggu yang semakin panjang.

“Ramai yang menunggu bertahun-tahun untuk dipindahkan ke negara ketiga. Ada yang akhirnya mengambil keputusan menetap di Malaysia.

“UNHCR juga perlu menjelaskan bagaimana mereka mengurus lambakan pelarian di Malaysia dan tindakan terhadap pihak yang bersekongkol dengan sindiket,” katanya.

Akhir-akhir ini, isu lambakan Rohingya kembali menjadi perdebatan di media sosial dengan rakyat berkongsi pengalaman buruk berhadapan dengan komuniti tersebut.

Masalah semakin memburuk apabila flat yang menempatkan orang Rohingya terbongkar dan mendedahkan pelbagai tindakan diambil termasuk pengeluaran notis amaran, kompaun, operasi bersepadu, siasatan serta penguatkuasaan.

Terbaharu Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim berkata, pihaknya akan melaksanakan tindakan perobohan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Related Posts

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

MUKAH – Mayat pekerja tongkang warganegara Indonesia yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Batang Igan pada 19 September lalu, akhirnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati pada Rabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut Negeri Sembilan: Pertikaian proklamasi perlu diselesaikan di mahkamah – Penganalisis

PERTIKAIAN berhubung kesahan proklamasi dan tindakan berkaitan pentadbiran Negeri Sembilan perlu diselesaikan menerusi mahkamah sekiranya setiap pihak terus mengemukakan tafsiran serta dakwaan berbeza, kata Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka