Jangan tunggang krisis Negeri Sembilan demi kepentingan politik – Penganalisis

AHLI Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi menyelar tindakan beberapa tokoh politik yang disifatkan cuba menunggang krisis membabitkan institusi Undang dan kerabat diraja di Negeri Sembilan bagi meraih keuntungan politik.

Beliau berkata, isu yang sedang berlaku seharusnya dilihat dalam konteks adat Perpatih dan hubungan antara institusi tradisional negeri itu, bukannya dijadikan alat untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu.

Menurutnya, terdapat dua dimensi utama dalam krisis berkenaan, iaitu konflik berkaitan adat dan institusi diraja serta percaturan politik yang cuba mengambil kesempatan daripada keadaan yang berlaku.

“Saya melihat terdapat unsur oportunisme politik apabila ada pihak cuba menggunakan isu ini untuk menarik sokongan atau mengubah kedudukan politik sedia ada di Negeri Sembilan.

“Pada pandangan saya, perkara ini lebih menjurus kepada usaha perebutan kuasa yang mengambil kesempatan daripada konflik antara institusi Undang dan kerabat diraja,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Mengulas penglibatan beberapa tokoh termasuk veteran politik, Tan Sri Dr Rais Yatim dan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Mohd Tajuddin berpandangan kedua-duanya dilihat cuba memanfaatkan isu berkenaan untuk kepentingan sendiri.

Katanya, walaupun Rais dikenali sebagai tokoh intelektual Melayu yang disegani, beberapa pendirian dan kenyataannya sebelum ini sering menimbulkan polemik serta perdebatan dalam kalangan masyarakat.

“Chegubard pula dilihat sentiasa mencari ruang untuk menonjolkan diri dalam isu-isu semasa. Saya tidak pasti sama ada beliau bergerak atas kapasiti sendiri atau mempunyai kecenderungan politik tertentu, namun penglibatannya dalam isu ini jelas ketara,” katanya.

Beliau turut mengemukakan kemungkinan bahawa terdapat pihak yang cuba membesarkan konflik berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha mengubah kerajaan negeri tanpa melalui proses pilihan raya.

Bagaimanapun, Mohd Tajuddin tidak melihat Perikatan Nasional (PN) memperoleh manfaat politik yang besar sekiranya berlaku perubahan kerajaan kerana pengaruh gabungan itu dalam senario berkenaan dijangka terhad.

“Saya melihat individu-individu tertentu lebih berpotensi mendapat manfaat daripada situasi ini berbanding parti politik secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa UMNO ketika ini berdepan dua aliran berbeza, iaitu kelompok yang lebih cenderung kepada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan kelompok yang masih selesa dengan pendekatan politik identiti melalui gagasan Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata, perbezaan itu menjelaskan mengapa terdapat pendekatan yang tidak selari antara kepimpinan UMNO pusat dengan sebahagian pemimpin di peringkat negeri.

“Apabila perkara seperti ini berlarutan, ia bukan sahaja membuka ruang kepada campur tangan politik, malah mengundang pelbagai spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menghormati proses perundangan serta institusi yang terbabit dan tidak menjadikan krisis berkenaan sebagai platform untuk meraih kepentingan politik peribadi.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET