Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Perhubungan Negeri Perak.

Kursus yang diadakan di Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT), Titi Gantung itu bertujuan memberi pendedahan mengenai amalan serta teknik asas penanaman sayur-sayuran secara lebih sistematik, berkesan dan berdaya maju.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara Jabatan Pertanian Negeri dan LKPIM dalam usaha memperluaskan penglibatan wanita dalam sektor pertanian dan agromakanan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Jabatan Pertanian Negeri berkata, program seumpama itu penting dalam melengkapkan wanita dengan ilmu dan kemahiran asas pertanian yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan sendiri mahupun sebagai sumber pendapatan tambahan.

“Pihak kami sentiasa komited memperkasakan golongan wanita melalui pelbagai program latihan dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam sektor pertanian dan agromakanan.

“Melalui kursus ini, peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan teori, malah berpeluang mempelajari teknik penanaman secara praktikal yang boleh diaplikasikan di peringkat rumah dan komuniti,” katanya.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai aspek penting termasuk pengurusan tanaman, penjagaan tanaman serta kaedah penanaman yang sesuai untuk dilaksanakan di peringkat komuniti dan isi rumah.

Pendekatan latihan yang menggabungkan sesi teori dan praktikal membolehkan peserta memperoleh pengalaman secara langsung, sekali gus meningkatkan kefahaman terhadap teknik penanaman yang betul serta berpotensi diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Menurut kenyataan itu, program berkenaan turut menyokong agenda keterjaminan makanan negara selain berpotensi menjadi platform kepada wanita untuk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.

“Kami berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta, sekali gus melahirkan lebih ramai wanita yang aktif dalam bidang pertanian serta mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti setempat,” katanya.

Penganjuran program latihan dan pembangunan kapasiti secara berterusan itu selaras dengan komitmen Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk memperkukuh pembangunan sektor pertanian yang inklusif, mampan dan berdaya saing di negeri ini.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dipenjara 18 bulan, didenda RM50,000 miliki 490 telur penyu

SANDAKAN – Seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijatuhi hukuman penjara satu tahun enam bulan serta denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah memiliki 490…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu