AI bantu usahawan luar bandar Sabah tingkatkan perniagaan

MEMBAKUT – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) terus memperkukuh agenda pendigitalan usahawan menerusi penganjuran Program INSKEN Masterclass 2026: Strategi AI untuk Penjaja dan Peniaga Kecil yang disertai 100 peserta dari sekitar Pantai Barat Selatan Sabah.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi KUSKOP, Datuk Mohamad Alamin berkata, program itu membuktikan kesungguhan masyarakat luar bandar untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan melalui penerapan teknologi baharu dalam perniagaan.

“Usahawan luar bandar mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya diberikan akses kepada ilmu dan teknologi yang mampu membantu mereka meningkatkan produktiviti serta memperluaskan pasaran.

“Penggunaan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi keperluan dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif dan berasaskan teknologi.

“Melalui program ini, peserta didedahkan kepada penggunaan AI secara praktikal termasuk menghasilkan kandungan pemasaran, merancang promosi dan membangunkan idea kreatif seperti reka bentuk poster jualan menggunakan telefon pintar,” katanya semasa merasmikan program berkenaan di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Rusman Dulamit.

Menurut Mohamad, program tersebut menghimpunkan penjaja, peniaga kecil, usahawan mikro serta bakal usahawan dari Membakut, Bongawan, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.

“Pendedahan kepada teknologi AI dapat membantu usahawan meneroka pendekatan baharu dalam pemasaran digital selain meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan capaian pelanggan.

“INSKEN akan terus melaksanakan program berimpak tinggi bagi meningkatkan kapasiti usahawan, memperkukuh jenama serta membuka peluang menembusi pasaran lebih luas termasuk di peringkat antarabangsa.

“Usaha ini diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar yang celik teknologi dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah serta negara,” katanya.

Untuk rekod, program INSKEN Masterclass itu merupakan siri ketiga yang dianjurkan di negeri ini bagi tahun 2026.

Related Posts

Mangsa kebakaran dipertimbang dapatkan Rumah SMJ – Rina

TAWAU – Seramai 11 keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Islamiah, di sini, dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan perumahan di bawah inisiatif Rumah Mesra SMJ. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru Sabah harum nama negeri di peringkat kebangsaan, antarabangsa

KOTA KINABALU – Warga pendidik Sabah terus membuktikan kecemerlangan apabila meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2026 serta mengukir kejayaan dalam pertandingan inovasi antarabangsa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa kebakaran dipertimbang dapatkan Rumah SMJ – Rina

Mangsa kebakaran dipertimbang dapatkan Rumah SMJ – Rina

Guru Sabah harum nama negeri di peringkat kebangsaan, antarabangsa

Guru Sabah harum nama negeri di peringkat kebangsaan, antarabangsa

280 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan kewangan

280 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan kewangan

Kerajaan Sabah terus perkasa pendidikan, TVET dan AI bangunkan modal insan

Kerajaan Sabah terus perkasa pendidikan, TVET dan AI bangunkan modal insan

Seminar Kenegaraan dan Integriti medium Strategik fahami Malaysia MADANI

Seminar Kenegaraan dan Integriti medium Strategik fahami Malaysia MADANI

KDNK kukuh, lebihan hasil Sarawak dipulangkan menerusi pendidikan percuma – Annuar

KDNK kukuh, lebihan hasil Sarawak dipulangkan menerusi pendidikan percuma – Annuar