AI bantu usahawan luar bandar Sabah tingkatkan perniagaan

MEMBAKUT – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) terus memperkukuh agenda pendigitalan usahawan menerusi penganjuran Program INSKEN Masterclass 2026: Strategi AI untuk Penjaja dan Peniaga Kecil yang disertai 100 peserta dari sekitar Pantai Barat Selatan Sabah.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi KUSKOP, Datuk Mohamad Alamin berkata, program itu membuktikan kesungguhan masyarakat luar bandar untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan melalui penerapan teknologi baharu dalam perniagaan.

“Usahawan luar bandar mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya diberikan akses kepada ilmu dan teknologi yang mampu membantu mereka meningkatkan produktiviti serta memperluaskan pasaran.

“Penggunaan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi keperluan dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif dan berasaskan teknologi.

“Melalui program ini, peserta didedahkan kepada penggunaan AI secara praktikal termasuk menghasilkan kandungan pemasaran, merancang promosi dan membangunkan idea kreatif seperti reka bentuk poster jualan menggunakan telefon pintar,” katanya semasa merasmikan program berkenaan di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Rusman Dulamit.

Menurut Mohamad, program tersebut menghimpunkan penjaja, peniaga kecil, usahawan mikro serta bakal usahawan dari Membakut, Bongawan, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.

“Pendedahan kepada teknologi AI dapat membantu usahawan meneroka pendekatan baharu dalam pemasaran digital selain meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan capaian pelanggan.

“INSKEN akan terus melaksanakan program berimpak tinggi bagi meningkatkan kapasiti usahawan, memperkukuh jenama serta membuka peluang menembusi pasaran lebih luas termasuk di peringkat antarabangsa.

“Usaha ini diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar yang celik teknologi dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah serta negara,” katanya.

Untuk rekod, program INSKEN Masterclass itu merupakan siri ketiga yang dianjurkan di negeri ini bagi tahun 2026.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan