Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

TELUK INTAN – Sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga asing ditahan dan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak selepas dikesan melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang jalan raya dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) di sini, pada Selasa.

JPJ Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil hasil pemeriksaan yang dijalankan anggota Unit Operasi JPJ Cawangan Teluk Intan terhadap sebuah motokar yang dipandu individu berstatus warga asing pemegang kad UNHCR.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu terbabit melakukan beberapa kesalahan serius, termasuk memandu tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL).

“Selain itu, menggunakan kenderaan dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah,” katanya pada Rabu.

Menurut JPJ Perak, pemeriksaan teknikal turut menemukan beberapa kesalahan melibatkan keadaan kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

“Susulan pelbagai kesalahan yang dikesan, kenderaan berkenaan telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum dibawa ke Depoh Sita JPJ Cawangan Teluk Intan untuk tindakan lanjut,” katanya

JPJ Perak menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negeri bagi memastikan setiap pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan tidak mematuhi spesifikasi dan peraturan ditetapkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan berkaitan kesalahan trafik boleh menyalurkannya melalui e-mel aduantrafik@jpj.gov.my; (mailto:aduantrafik@jpj.gov.my) atau menerusi aplikasi e-Aduan@JPJ dengan menyertakan maklumat lengkap pengadu dan butiran aduan untuk tindakan lanjut.

Foto: JPJ Cawangan Teluk Intan

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan