Pejabat Pendakwa Raya Rome siasat Ben-Gvir atas tuduhan aniaya tawanan Global Sumud

PEJABAT Pendakwa Raya Rome melancarkan siasatan rasmi terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, berhubung dakwaan penganiayaan ke atas aktivis flotila kemanusiaan ke Gaza semasa berada dalam tahanan.

Agensi berita ANSA melaporkan pada Isnin bahawa siasatan berkenaan memberi tumpuan khusus kepada tindakan Ben-Gvir terhadap para aktivis yang ditahan di Pelabuhan Ashdod dalam keadaan tangan mereka diikat ke belakang, lapor Anadolu.

Pihak penyiasat Itali dilaporkan turut meneliti keseluruhan salah laku pihak berkuasa Israel semasa operasi menyerbu dan menahan konvoi aktivis terbabit, yang mana sebahagian daripadanya melibatkan warga negara Itali.

Pendakwa raya ketika ini sedang menilai segala pertuduhan yang dikemukakan, termasuk dakwaan melakukan penyeksaan dan penculikan secara haram.

Terdahulu, pihak pendakwa raya di Rome telah membuka satu kertas siasatan berasingan berhubung penahanan warga Itali semasa Israel memintas flotila bantuan Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Greece pada April lalu, susulan tiga aduan rasmi yang diterima.

Serangan terbaharu rejim Israel ke atas armada kemanusiaan Global Sumud di perairan antarabangsa dilaporkan berlaku pada pertengahan Mei lalu. Siaran langsung dari kapal berkenaan memaparkan detik cemas ketika tentera laut rejim memintas konvoi bantuan itu.

Insiden berkenaan kemudiannya mencetuskan kecaman hebat di peringkat global selepas pihak berkuasa Israel menyebarkan sebuah klip video yang memaparkan tindakan jelik Ben-Gvir.

Menerusi rakaman terbabit, menteri ekstremis berkenaan dilihat berjalan di celah-celah tawanan aktivis yang dipaksa melutut dalam kedudukan rapat dengan tangan diikat menggunakan pengikat kabel (zip-tie).

Ben-Gvir juga dirakam sengaja mengibarkan bendera Israel selain mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap para tahanan yang tidak bermaya itu. Kesemua aktivis bagaimanapun dilaporkan telah dibebaskan susulan tekanan serta bantahan keras masyarakat antarabangsa.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR