MAHA 2024 berjaya tarik 5 juta pengunjung

Oleh: Mai S, A. Athirah, Siti

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2024 berjaya menarik 5 juta orang pengunjung sekaligus mencapai sasaran kedua untuk penganjuran kali ini.

MAHA 2024 yang mencapai ulang tahun penganjuran ke-100 tahun ini telah membuktikan bahawa sektor agromakanan di negara kita bukan sahaja berdaya saing, malah berpotensi besar dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pameran ini telah memperlihatkan kesungguhan dalam memperkenalkan inovasi teknologi moden dalam bidang pertanian serta komitmen padu terhadap kelestarian agro pelancongan.

“Meneruskan kejayaan penganjuran MAHA yang lalu, sambutan kali ini mencatatkan nilai jualan langsung sebanyak RM43 juta, dengan 139 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bernilai RM7.2 bilion telah berjaya ditandatangani.

“Selain itu, Agrobank juga merekodkan potensi pembiayaan dan padanan perniagaan berjumlah RM1.38 bilion malah jualan anak benih dan anak ternakan juga laris terjual,” katanya.

Beliau berucap ketika Majlis Penutupan MAHA 2024, yang berlangsung di MAEPS, di sini.

MAHA 2024 kali ini telah menawarkan 48 segmen yang merangkumi pelbagai bidang pertanian, teknologi dan inovasi seperti Kingdom of Fruit, Laman Sayur dan Herba, Laman Perikanan, Laman Ternakan dan Laman Mekanisasi.

MAHA 2024 juga telah berjaya menyatukan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan usahawan, petani, penternak, nelayan, serta pelabur tempatan dan antarabangsa.

Mohamad berkata, sepanjang pameran ini, bukan sahaja dapat menyaksikan pameran produk dan teknologi terkini, tetapi juga semangat kerjasama dan kesatuan yang terjalin antara semua pihak yang terlibat.

Jelasnya, sebanyak lebih daripada 9,500 ‘trade visitors’ dan 150 pempamer dari seluruh dunia direkodkan dalam penganjuran kali ini menerusi inisiatif MAHA GO GLOBAL.

“Kepada anak-anak muda, saya yakin lawatan anda ke MAHA pada kali ini telah merubah persepsi anda semua terhadap bidang ini.

“Berorientasikan teknologi terkini, saya percaya anda semua telah sedar bahawa pertanian bukan lagi bidang pekerjaan yang bersifat 3D (dirty, dangerous and difficult).

“Oleh itu, saya menyeru supaya anda semua terus meneroka bidang pertanian sebagai kerjaya yang berpotensi besar untuk mengubah nasib dan kehidupan keluarga,” ujarnya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli