Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa ketua perisikan sementara yang baharu dilantik supaya memulakan tindakan memecat kakitangan.

Perkara itu menambah kontroversi berhubung pelantikan individu tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perisikan.

Bill Pulte, sekutu rapat Trump yang kini mengetuai Agensi Kewangan Perumahan Persekutuan, dilantik pada Selasa lalu sebagai Pengarah Perisikan Negara.

“Jika beliau mahu mengurangkan jumlah kakitangan, saya tiada masalah dengan itu,” kata Trump kepada wartawan di atas pesawat Air Force One, sambil menegaskan bilangan kakitangan di pejabat berkenaan sudah terlalu ramai.

Sebelum ini, Trump dalam temubual dengan Wall Street Journal menyatakan hasrat agar Pulte, yang akan menyelia 18 agensi perisikan AS, mengurangkan jumlah tenaga kerja dalam komuniti perisikan negara itu.

“Saya mahu saiznya lebih kecil. Saya fikir ramai individu di dalamnya yang tidak sepatutnya berada di situ,” katanya kepada akhbar itu, merujuk kepada pegawai yang masih berkhidmat sejak pentadbiran bekas Presiden Joe Biden dan Barack Obama.

Parti Demokrat mengecam pelantikan Pulte bagi menggantikan Tulsi Gabbard sebagai ketua perisikan, dengan mendakwa beliau mempunyai rekod menggunakan data kerajaan untuk menyasarkan pihak yang dianggap musuh politik Trump.

Trump bagaimanapun cuba meredakan kritikan itu dengan menegaskan Pulte hanya akan memegang jawatan berkenaan buat sementara waktu.

Beliau turut memaklumkan sudah menemu bual lima calon lain bagi mengisi jawatan itu secara tetap.

Namun, dalam temubual sama, Trump memberi bayangan bahawa status sementara itu boleh memberi ruang lebih besar kepada Pulte untuk melakukan rombakan dalam komuniti perisikan AS.

“Anda kurang terikat dengan pelbagai kekangan. Ia memberi lebih kuasa, walaupun untuk tempoh yang agak terhad,” katanya.

Pulte, pewaris empayar hartanah, sebelum ini menunjukkan kesetiaannya kepada Trump dengan menyasarkan beberapa musuh politik presiden berkenaan.

Related Posts

Israel rancang perluas 70 peratus wilayah Gaza, garisan kuning kian menghimpit

RANCANGAN Israel untuk meluaskan penguasaan ketenteraannya sehingga merangkumi 70 peratus wilayah Gaza mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan warga Palestin yang menyifatkan zon perlindungan sivik kini semakin mengecil dan tidak lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi