PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi rakyat.

Ketua Penaja Cabang Masjid Tanah, Asri Ibrahim berkata, langkah itu membuktikan kesungguhan PKR dalam mengetengahkan kepimpinan baharu yang lebih segar, berani dan memahami realiti kehidupan masyarakat setempat.

Menurut beliau, calon-calon muda berwibawa akan diketengahkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Masjid Tanah, termasuk kemungkinan membariskan tokoh penting yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi kerajaan.

“Ini membuktikan tahap keseriusan PKR untuk memastikan suara rakyat Masjid Tanah terus diberi perhatian di peringkat tertinggi kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, rakyat kini semakin menolak budaya politik lama yang hanya bergantung kepada retorik dan program bermusim tanpa memberi impak nyata kepada kehidupan harian masyarakat.

Katanya, penduduk khususnya di kawasan kampung memerlukan penyelesaian terhadap isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, akses pendidikan serta pembangunan ekonomi setempat yang lebih mampan.

“Politik perlu berubah mengikut zaman. Generasi muda hari ini berdepan cabaran berbeza seperti kos hidup yang meningkat, persaingan pekerjaan dan keperluan kepada ekonomi digital yang lebih progresif,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan pembangunan tidak seharusnya hanya tertumpu di bandar, sebaliknya manfaat kerajaan perlu dirasai masyarakat luar bandar termasuk golongan nelayan, petani, penjaja kecil dan anak muda.

Asri berkata, pilihan raya akan datang perlu menjadi medan kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang benar-benar bekerja dan bukan sekadar menjanjikan slogan politik.

“Masjid Tanah memerlukan wajah baharu, tenaga baharu dan keberanian baharu untuk mencipta masa depan lebih baik,” katanya.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang