City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku.

Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di Eropah selepas memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 27 gol dalam 35 penampilan.

Spekulasi tercetus apabila calon presiden Real Madrid, Enrique Riquelme, mendakwa dia mampu membawa Haaland ke Santiago Bernabeu jika memenangi pilihan raya kelab itu.

Dalam satu rancangan televisyen Sepanyol, Riquelme berkata Haaland mempunyai klausa pelepasan dan mahu menyertai Real Madrid.

Dia turut berjanji untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Manchester City, Rodri.

Namun, Manchester City segera mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan itu.

“Laporan yang muncul dari Sepanyol tentang masa depan Erling Haaland adalah tidak benar. Tiada peluang perkara ini akan berlaku dan tiada klausa kontrak yang membenarkannya,” kelab Inggeris itu.

Kelab itu juga menyatakan mereka sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang berhubung penggunaan imej pemain mereka dalam konteks kempen pilihan raya terbabit.

Bapa Haaland, Alf-Inge Haaland, dan ejennya, Rafaela Pimenta, turut menafikan khabar angin itu.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata: “Semuanya sangat menghiburkan tetapi tidak benar. Kami mengucapkan yang terbaik kepada kedua-dua calon dalam pilihan raya Real Madrid.”

Buat masa ini, Haaland kekal fokus bersama skuad kebangsaan Norway menjelang kempen Piala Dunia, manakala masa depannya di Manchester City dilihat masih kukuh berdasarkan pendirian tegas kelab itu.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat