Kertas siasatan nahas ragut lima nyawa dirujuk ke AGC, kes diklasifikasikan sebagai bunuh

KLUANG – Kertas siasatan berhubung kemalangan tragis yang mengorbankan lima nyawa termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam kini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihak polis telah melengkapkan siasatan awal dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, bagi penelitian sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Menurut beliau, pihak polis kini menunggu arahan seterusnya daripada AGC berhubung tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap suspek yang terlibat.

“Kita sudah merujuk kertas siasatan kepada Peguam Negara dan perkembangan seterusnya akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan tempoh reman terhadap seorang remaja lelaki berusia 19 tahun disambung selama sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Dalam kejadian yang menggemparkan negara itu, remaja berkenaan dipercayai memandu sebuah Mercedes Benz A250, manakala abangnya yang berusia 22 tahun memandu sebuah BMW 530e. Kedua-duanya didakwa memandu secara berbahaya sebelum berlaku kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Nahas tersebut mengorbankan empat sekeluarga iaitu Semek Mat Soh, 73, anaknya Aiman Mohd Rashid, 36, menantu beliau Nor Azlina Abd Latip, 33, serta cucu saudara mereka, Nur Airish Syifa Sidek, 10 tahun.

Turut maut dalam kejadian itu ialah abang kepada suspek yang memandu BMW berkenaan. Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami.

Dalam perkembangan terbaharu, Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan polis mengklasifikasikan siasatan kes tersebut sebagai kes bunuh, sekali gus menunjukkan keseriusan pihak berkuasa terhadap insiden yang meragut lima nyawa itu.

Bagaimanapun, Peguam Negara menjelaskan bahawa keputusan muktamad mengenai pertuduhan yang akan dikenakan masih belum diputuskan dan hanya akan dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap keseluruhan hasil siasatan polis.

Related Posts

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu baja di Kedah kini hampir selesai selepas 37 saksi dirakam keterangan, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

SANDAKAN – Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat segera bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan itu, khususnya menjelang sasaran bekalan gas ke Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan pada 2029.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari