Keharmonian masyarakat Sarawak tarik perhatian delegasi antarabangsa

SIBU – Keharmonian serta semangat perpaduan yang menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus menjadi tarikan kepada negara luar untuk mengenali dengan lebih dekat keunikan budaya dan cara hidup rakyat di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, budaya hidup masyarakat yang mengutamakan sikap saling menghormati dan kebersamaan telah membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, sekali gus menjadi asas kepada kestabilan dan kemajuan negeri.

“Budaya kebersamaan yang diamalkan oleh masyarakat Sarawak menjadi kekuatan utama dalam membentuk perpaduan. Daripada perpaduan itulah lahirnya kestabilan yang membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera.

“Apabila kestabilan dapat dikekalkan, usaha pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan hasilnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

“Sebab itu, perpaduan dan kestabilan perlu terus dipertahankan demi masa depan Sarawak yang lebih maju dan makmur menjelang tahun 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Lawatan bersama Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing sempena sambutan Hari Gawai di Rumah Joseph Abet, Bawang Assan pada Rabu.

Menurut Dr. Sim, lawatan tersebut mencerminkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat antarabangsa untuk memahami budaya, adat resam serta gaya hidup masyarakat Sarawak yang terkenal dengan sikap toleransi dan keharmonian antara kaum.

Dalam pada itu, beliau berkata, kestabilan yang dinikmati Sarawak membolehkan kerajaan negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

Jelas beliau, projek pembangunan bernilai RM9 bilion sedang giat dilaksanakan pada tahun ini, selain pelbagai bantuan dalam bidang pendidikan dan kebajikan terus diperkasakan.

Beliau turut menyifatkan sambutan Hari Gawai sebagai platform penting untuk memperkenalkan warisan budaya Sarawak kepada masyarakat luar, di samping mengeratkan silaturahim serta memperkukuh persefahaman antara pelbagai lapisan masyarakat.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang