UCYP University bangga dengan tindakan Tuan Nurhan Syafiy

KUANTAN – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UCYP University merakamkan penghargaan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Visual (Kepujian), Tuan Nurhan Syafiy Tuan Nor Azham Shah membantu melancarkan perjalanan ambulans membawa pesakit ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 2 Jun lalu.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook rasmi mereka, MPP UCYP University menyifatkan tindakan pelajar itu dalam keadaan trafik sesak membuktikan sikap prihatin dan semangat kesukarelawanan tinggi seperti diterapkan oleh pihak institusi pengajian tinggi berkenaan.

“Beliau telah mengambil inisiatif membantu mengarahkan pengguna jalan raya membuka laluan kepada ambulans, sekali gus memudahkan urusan kecemasan dan mempercepatkan perjalanan pesakit mendapatkan rawatan di HTAA.

“Tindakan ditunjukkan Tuan Nurhan Syafiy membuktikan bahawa setiap individu mampu memberi impak positif kepada masyarakat melalui keprihatinan dan kesediaan untuk bertindak pada saat diperlukan,” kata kenyataan itu.

MPP UCYP University turut menyatakan rasa amat berbangga dengan contoh teladan ditunjukkan dan berharap kisah ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa untuk terus mengamalkan nilai keprihatinan, kesukarelawanan dan semangat membantu sesama insan.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengelola UCYP University, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah memaklumkan, sikap ditunjukkan pelajar berkenaan amat meninggalkan kesan dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Apa yang dilakukan oleh Tuan Nurhan Syafiy secara tidak langsung membuktikan setiap individu mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

“Ia juga menunjukkan UCYP University bukan hanya menghasilkan pelajar berkualiti, tapi turut melahirkan insan yang peka dengan pelbagai situasi dan sedia memainkan peranan ketika saat memerlukan,” katanya.

Terdahulu, tular satu video menunjukkan anak muda itu memberhentikan motosikal ditunggangnya di tengah jalan raya yang sesak dengan kenderaan di laluan kiri dan kanan sebelum mengawal lalu lintas.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia tidak menyangka video berkenaan akan tular di media sosial namun terharu kerana banyak menerima kata positif dan doa daripada warganet.

Related Posts

BN lancar jentera PRN Johor Ahad ini, himpun kekuatan hadapi pilihan raya

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor bakal melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menerusi satu himpunan besar-besaran yang dijadualkan berlangsung di Stadium Educity, Kota Iskandar pada Ahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akaun Facebook Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah digodam, laporan polis dibuat

SUGUT – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib memaklumkan akaun Facebook peribadinya digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut James, laporan polis telah dibuat bagi membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih ramai muka baharu dipertaruh BN pada PRN Johor

Lebih ramai muka baharu dipertaruh BN pada PRN Johor

BN lancar jentera PRN Johor Ahad ini, himpun kekuatan hadapi pilihan raya

BN lancar jentera PRN Johor Ahad ini, himpun kekuatan hadapi pilihan raya

MITI perjelas isu siasatan USTR, tegaskan tiada amalan buruh paksa di Malaysia

MITI perjelas isu siasatan USTR, tegaskan tiada amalan buruh paksa di Malaysia

Tumpuan kerajaan terarah kepada agenda pentadbiran negara – PM

Tumpuan kerajaan terarah kepada agenda pentadbiran negara – PM

Akaun Facebook Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah digodam, laporan polis dibuat

Akaun Facebook Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah digodam, laporan polis dibuat

KPDN Labuan rampas 750 liter petrol, lelaki tempatan ditahan dalam Ops Tiris 4.0

KPDN Labuan rampas 750 liter petrol, lelaki tempatan ditahan dalam Ops Tiris 4.0