Radhi digesa letak jawatan Naib Presiden KFA

ALOR SETAR – UMNO Kedah menggesa Radhi Mat Din meletak jawatannya selaku Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kerana gagal menyelesaikan krisis kewangan yang dialami pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perkara sama juga perlu dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Zulkifli Che Haron kerana kedua-duanya dilihat gagal menasihati Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Jelasnya, langkah itu bagi memberi ruang seluasnya kepada pemilik KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar melaksanakan proses penstrukturan yang sesuai bagi syarikat menyelesaikan kemelut berkenaan.

“Saya juga berpandangan bahawa kedua-dua individu ini adalah diibaratkan sebagai nasi tambah dan sama sekali tidak mempunyai nilai pada syarikat serta pasukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan, Radhi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan negeri, menyangkal dakwaan kononnya kerajaan negeri mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC yang menghadapi masalah kewangan sehingga mencetuskan isu tunggakan gaji.

Beliau menjelaskan keberadaannya selaku antara pemilik saham pasukan KDA FC sebenarnya berlaku pada peringkat awal penubuhan kelab itu.

Shaiful Hazizy berkata, kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Radhi sebelum ini adalah dangkal dan tidak boleh diterima terutama penyokong Hijau Kuning dan rakyat negeri ini sama sekali.

Katanya, kenyataan itu dilihat seumpama ingin melepas tangan dan lari dari tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan beliau yang memegang portfolio sukan negeri.

“Saya berpandangan bahawa Radhi sebagai legenda bola sepak Hijau Kuning yang kini sudah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran, dapat menggunakan pengalaman beliau untuk menasihati Presiden KFA supaya segera campur tangan bagi menangani permasalahan ini.

“Kesimpulannya, saya suka menyatakan bahawa Radhi lupa asal usul dan pada masa sama mengkhianati semangat Hijau Kuning yang beliau sendiri berjuang sedikit masa dahulu,” katanya.

Related Posts

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

ERLING Haaland meledak dua gol untuk membantu Manchester City membuka kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-0 ke atas Porto awal pagi tadi. Tiga percubaan Haaland digagalkan penjaga gol Porto,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis