Karya seni tempatan dan mobiliti harian disatukan sempena sambutan Gawai

KUCHING – Sambutan Hari Gawai di Sarawak pada tahun ini disemarakkan lagi dengan pendekatan unik yang mengangkat warisan budaya tempatan menerusi pameran karya seni eksklusif dan kenderaan e-panggilan berhias.  

Mengetengahkan bakat anak negeri, dua artis tempatan iaitu Lim Mei Joo dan Amey Sheikh Ali berkolaborasi untuk menghasilkan rekaan poskad istimewa yang diinspirasikan daripada perayaan pesta menuai tersebut. 

Poskad berkenaan bukan sahaja direka sebagai karya seni koleksi, malah turut menyediakan ruang khusus untuk orang ramai mencoretkan ucapan serta refleksi peribadi mereka.  

Inisiatif kebudayaan ini digerakkan dengan kerjasama syarikat e-panggilan, Maxim, yang menampilkan kenderaan bertemakan Gawai dengan hiasan elemen tradisional di jalan raya. 

Langkah ini diambil bagi menghidupkan suasana perayaan, sekali gus menyatukan komuniti setempat melalui rutin mobiliti harian masyarakat.  

Ketua Maxim Miri, Gary Lim berkata, selain memberikan pengalaman perjalanan yang menyeronokkan, usaha itu diharap dapat memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap seni, budaya, dan tradisi tempatan. 

“Kerjasama bersama artis tempatan juga membolehkan kami mengetengahkan bakat kreatif Sarawak sambil menyatukan masyarakat melalui interaksi yang lebih bermakna,” jelas beliau.  

Bagi memeriahkan suasana perayaan, kenderaan berhias khas tersebut beroperasi di tiga bandar utama iaitu Kuching, Bintulu, dan Miri. 

Orang ramai yang menempah dan mendapat kenderaan bertemakan Gawai ini melalui aplikasi berkenaan berpeluang menikmati perjalanan secara percuma ke destinasi mereka sepanjang tempoh kempen 10 hari menjelang sambutan Gawai. 

Selain itu, poskad eksklusif hasil sentuhan artis tempatan tersebut akan diedarkan kepada penumpang kenderaan khas ini bermula 25 Mei hingga 31 Mei 2026, tertakluk kepada selagi stok masih ada.  

Kemunculan kenderaan khas ini tertumpu di beberapa lokasi strategik. 

Di Kuching, ia merangkumi Satok, Kuching Waterfront, Batu Kawa, Padungan, dan Northbank Tabuan. 

Bagi Miri, tumpuan diberikan di sekitar pusat beli-belah popular seperti Imperial Mall, Boulevard Mall, Bintang Megamall, Permy Mall, dan Emart. 

Sementara itu di Bintulu, kenderaan ini beroperasi di sekitar The Spring Mall, Boulevard Mall, Parkcity Mall, Times Square Megamall, Commerce Square Mall, dan Naim Paragon Street Mall.  

Penganjuran aktiviti berteraskan silaturahim ini dilihat mampu menjadi platform untuk mengetengahkan identiti seni Sarawak, selain mengukuhkan semangat kebersamaan dan kesyukuran sepanjang musim perayaan di Bumi Kenyalang.

Related Posts

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah diteruskan sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

JOHOR BAHRU – Sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini dibatalkan susulan pembubaran DUN Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan