PN guna ceramah tanam doktrin kebencian Melayu ‘dipijak’ Cina

KLUANG – Bagaikan mencurah air ke daun keladi, isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R), masih lagi dimanipulasikan oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, walaupun pelbagai peringatan telah dikeluarkan agar ia dihindari.

Terdahulu, program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Melayu di sini, menjadi platform bagi gabungan pembangkang mencipta doktrin kebencian dalam mewujudkan persepsi seolah-olah orang Melayu ketika ini sedang dipijak serta dijajah oleh bangsa Cina.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mendakwa hak keistimewaan orang Melayu serta kedudukan agama Islam akan ‘terhapus’ sekiranya PN menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Menurut beliau, MoU itu belum lagi dinyatakan berkenaan ‘paksaan’ kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk tidak membuat ‘bangkangan yang sia-sia’ di dalam Parlimen.

“Dalam draf MoU jelas menyatakan setiap Ahli Parlimen kena mengakui Malaysia amalkan prinsip maruah kesaksamaan sesama manusia, selain keterbukaan semua Ahli Parlimen harus bertindak dan buat keputusan terbuka dan telus, selain sebarang maklumat tak dihalang dan didedahkan kepada umum.

“Bukankah Perlembagaan yang sama juga menjamin hak-hak Bumiputera, maka apakah maksud dari terma perjanjian yang ‘memaksa’ PN memperakui hak-hak sama rata tanpa mengira agama dan bangsa.

“Siapakah yang akan membuat defisini ‘sia-sia’ itu? Jika tidak boleh membuat bangkangan.maka apa lagi tugas seorang wakil rakyat,” katanya ketika berucap, malam tadi.

Ceramah berkenaan jelas berunsur perkauman sekaligus menunjukkan PN gagal mematuhi saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi agar berkempen cara Johor.

Menurut Onn, perkara itu amat penting dihindari supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang, menyinggung perasaan serta merosakkan keharmonian serta perpaduan rakyat berbilang kaum, khususnya di Johor.

Sebarang kenyataan dikeluarkan tidak seharusnya melanggar undang-undang, apatah lagi dalam konteks negara kita, iaitu sepatah perkataan yang sensitif boleh membawa kepada perselisihan kaum.

Sehubungan itu, pembangkang harus berjiwa besar, utamakan keharmonian dan perpaduan rakyat walaupun mempunyai ideologi dan arah tuju politik yang berbeza dalam meraih sokongan dan undi.

Related Posts

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – UMNO berpendirian untuk menghormati keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kekal hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun namun terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak