Pas ketandusan isu bila desak PM letak jawatan

ALOR SETAR – Parti Amanah Kedah menganggap desakan Pas agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan adalah bukti bahawa parti itu ketandusan isu dan idea untuk memperjuang nasib rakyat dan membangunkan negara seperti mana dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.

Pengerusi Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, sejak pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipimpin oleh Anwar selepas PRU15 lalu, Pas seolah-olah telah hilang pedoman dan kompas politik sebagai parti pembangkang.

Katanya, peranan mereka sebagai pembangkang melakukan semak dan imbang berkaitan corak pemerintahan Kerajaan Perpaduan tidak dapat dilaksanakan, sebaliknya membangkitkan isu-isu yang tidak relevan dengan kepentingan rakyat dan negara serta sentiasa mencipta polemik politik murahan yang memualkan.

“Amanah Kedah berpendirian bahawa desakan Pas minta Perdana Menteri letak jawatan adalah semata-mata kerana iri hati dan prasangka buruk akibat ‘tergila-gila’ mendapatkan kuasa dengan jalan pintas yang membelakang amalan dan prinsip demokrasi.

“Amanah Kedah menyarankan Pas dan Perikatan Nasional menumpukan peranan dan fungsi mereka sebagai pembangkang kerana rakyat ingin melihat apakah kritikan, idea dan saranan boleh mereka sampaikan kepada pihak Kerajaan Perpaduan, di samping tidak mengabaikan tanggungjawab memberi khidmat terbaik sebagai wakil rakyat di saat rakyat memerlukan seperti banjir yang berlaku ketika ini,” ujarnya.

Di era teknologi maklumat yang mudah diakses oleh rakyat, mereka mudah mendapatkan berita-berita yang tepat dari pihak kerajaan tentang apa jua program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Pas harus sedar bahawa, rakyat juga ketahui pelbagai inisiatif berkaitan dasar dan polisi, program dan aktiviti serta peruntukkan kewangan besar telah disediakan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan hidup rakyat,” tegasnya.

Di waktu yang sama, rakyat juga dapat menilai prestasi kerajaan negeri yang di terajui oleh Pas dan Perikatan Nasional di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

“Amanah Kedah mencadangkan kepada Pas adalah lebih baik mendesak Menteri Besar di negeri Perlis dan Kedah meletakkan jawatan mereka masing-masing kerana gagal untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat, bahkan terpalit dengan skandal yang bukan lagi menjadi rahsia umum.

“Tindakan Pas mendesak Perdana Menteri letak jawatan ia ibarat menepuk air di dalam dulang, terpercik ke muka sendiri,” katanya.

Amanah Kedah turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas kepedulian serta keprihatinan Perdana Menteri yang turun melawat mangsa banjir dan meluluskan peruntukan bantuan tunai RM1,000 kepada ketua isi rumah yang ditimpa banjir di negeri Kedah ketika ini.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang