Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, titah Seri Paduka Baginda yang menyentuh peristiwa hitam 13 Mei 1969 wajar dijadikan pengajaran agar insiden yang menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara itu tidak berulang.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, peringatan yang dizahirkan Sultan Ibrahim hadir pada waktu yang tepat dan perlu dijadikan pedoman oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Saya menjunjung kasih atas titah Tuanku dan saya percaya dalam kalangan ahli-ahli politik akan menjunjung titah Tuanku.

“Ini satu peringatan penting untuk kita semua. Saya percaya ramai di luar sana, dalam kalangan ahli politik juga, akan menjunjung titah Tuanku untuk mengambil semangat dan mendalami, memahami serta menghidupkan semangat Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan istiadat berkenaan.

Dalam Titah Diraja, Yang di-Pertuan Agong menegaskan bahawa setiap rakyat perlu menghayati dan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara sebagai asas pembinaan sebuah negara yang aman, bersatu padu dan makmur.

Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa mana-mana individu yang enggan menerima dan mengamalkan prinsip tersebut tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

Selain itu, Sultan Ibrahim mengingatkan pemimpin politik supaya sentiasa menjaga adab, tutur kata dan tingkah laku ketika berucap atau mengeluarkan kenyataan kepada masyarakat.

Baginda turut menegaskan bahawa ahli politik tidak seharusnya memainkan isu sensitif atau mencetuskan provokasi, khususnya ketika musim pilihan raya yang sering menyaksikan pelbagai pihak berusaha meraih sokongan rakyat.

Hadir sama pada istiadat berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Jemaah Menteri.

Pada tahun ini, seramai 161 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Foto: Bernama

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh