Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Isnin sebagai sesuatu yang telah dijangka lebih awal oleh gabungan berkenaan.

Dalam satu kenyataan bersama, pimpinan PH Johor berkata, pihaknya sememangnya menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengambil langkah membubarkan DUN dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut kenyataan itu, pengumuman sebelum ini mengenai persidangan DUN yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun dianggap tidak munasabah memandangkan petunjuk pembubaran telah dapat dibaca lebih awal.

“Dari awal lagi PH telah menjangkakan BN akan membubarkan DUN dalam masa terdekat. Dan ternyata sidang DUN yang diumumkan akan diadakan pada 22 Jun nanti adalah tidak masuk akal sama sekali,” menurut kenyataan tersebut.

Walaupun berdepan perkembangan politik terkini itu, PH Johor menegaskan mereka akan meneruskan segala persiapan yang telah dirancang sebagai menghormati proses demokrasi dan bagi memastikan kesiapsiagaan jentera menghadapi pilihan raya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa perbincangan lanjut akan dibawa ke peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan Pusat bagi merangka strategi dan langkah seterusnya menjelang PRN Johor.

Menurut PH Johor, mereka tidak memandang mudah cabaran yang bakal dihadapi dalam pilihan raya kali ini dan akan menggembleng seluruh kekuatan jentera bagi meraih sokongan rakyat.

“Bagi kami, tidak ada pilihan raya yang mudah. Pakatan Harapan siap sedia menggembeling usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN kali ini,” katanya.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Pengerusi Pakatan Harapan Johor merangkap Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; serta Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Pembubaran DUN Johor yang berkuat kuasa hari ini membuka laluan kepada PRN Johor ke-16 yang dijangka menyaksikan persaingan sengit antara gabungan politik utama bagi merebut mandat rakyat negeri itu.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar