Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung walit bersama dua rakannya belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pada 31 Mei dan mangsa yang dikenali sebagai Ismail Ibrahim, 61, dipercayai hilang sejak 26 Mei lepas.

Beliau berkata, SAR bermula pada pukul 9.30 pagi Isnin melibatkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Jabatan Perhutanan serta orang awam.

“Pasukan penyelamat telah memasuki lubang menegak pertama dan berjaya tiba di lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada.

“Dalam operasi itu, sebuah power bank dipercayai milik mangsa telah ditemui, namun tiada petunjuk lanjut mengenai keberadaan mangsa.

“Selain itu, pasukan turut mengenal pasti satu lagi lubang baharu di kawasan operasi yang berpotensi untuk diterokai dan dipercayai belum pernah dimasuki sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Sumsoa, operasi pencarian turut berdepan cabaran apabila kawasan kejadian tidak mempunyai liputan rangkaian komunikasi GIRN serta capaian telefon yang terhad.

“Operasi SAR ditangguhkan pukul 4 petang dan akan disambung semula esok (Selasa),” ujarnya.

Difahamkan, semasa kejadian, mangsa ditinggalkan bersendirian di dalam gua oleh dua rakannya yang keluar untuk mendapatkan sumber air.

Bagaimanapun, apabila mereka kembali ke lokasi berkenaan, mangsa didapati telah hilang.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

IPOH – Tindakan dua lelaki tempatan dipercayai cuba mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan Taman Rapat Setia Baru di sini tidak bertahan lama apabila kedua-duanya berjaya diberkas polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi