TVET kini jadi pilihan utama, bukan lagi pilihan kedua

KUALA LUMPUR – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi dianggap pilihan kedua, sebaliknya semakin menjadi pilihan utama dalam kalangan generasi muda susulan peningkatan enrolmen serta kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan kekal komited memperkukuh agenda TVET sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara serta pertumbuhan ekonomi masa hadapan.

“Saya berharap usaha kerajaan melalui penganjuran Hari TVET Negara dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua.

“Sebaliknya sebagai pilihan utama kerjaya yang mampu melahirkan generasi profesional, pencipta teknologi, usahawan serta pemimpin industri masa depan negara,” katanya seperti dilapor Bernama.

Menurut beliau, masa depan ekonomi negara akan banyak dipacu tenaga kerja berkemahiran tinggi, teknologi baharu dan budaya inovasi. Justeru, usaha memperkasa TVET akan terus diberi keutamaan.

Ahmad Zahid berkata, sebagai usaha berterusan memperkukuh ekosistem TVET negara, kerajaan mengisytiharkan 2 Jun setiap tahun sebagai Hari TVET Negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan bidang itu dalam membina masa depan negara yang lebih progresif, berdaya saing dan berteraskan kemahiran.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya dari 5 hingga 7 Jun ini bakal menghimpunkan institusi pendidikan, pemain industri, usahawan, belia serta masyarakat umum.

Katanya, pelbagai pengisian menarik akan diadakan termasuk pameran teknologi dan inovasi, Karnival Kerjaya TVET, seminar industri berimpak tinggi, cabaran robotik dan Drone Soccer, Future Skills Showcase, platform keusahawanan TVET serta aktiviti santai dan interaktif untuk seisi keluarga.

Beliau berkata, sambutan itu turut menjadi medan memperkukuh kerjasama strategik antara institusi TVET dan industri bagi memastikan bakat yang dilahirkan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa berteraskan teknologi, inovasi dan kemahiran.

Menurut beliau, sebanyak 1,398 institusi TVET di seluruh negara kini menjadi sebahagian daripada nadi utama pembangunan negara.

Katanya, seramai 229,121 pelajar atau 56.86 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf telah memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, manakala jumlah keseluruhan enrolmen mencecah 459,558 orang tahun lalu.

“Lebih membanggakan, kadar kebolehpasaran graduan TVET negara turut meningkat kepada 95.9 peratus pada tahun 2025 berbanding 95.6 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya.

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan TVET bukan sahaja semakin diterima generasi muda, malah berjaya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang benar-benar diperlukan industri dan ekonomi negara.

Related Posts

Hari Wartawan Nasional: Fadillah hargai peranan media pupuk perpaduan

KUCHING – Peranan pengamal media di negara ini terus diiktiraf sebagai komponen penting, khususnya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

PUTRAJAYA – Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat di samping penyelarasan turut dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan memaklumkan, bagi kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya