JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperhebat penguatkuasaan sempena musim perayaan menerusi pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2026 apabila sebanyak 510 notis P22 dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 1,662 kenderaan dalam tempoh dua hari operasi dijalankan.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 206 kenderaan turut dikenakan tindakan penguatkuasaan atas pelbagai kesalahan melibatkan pematuhan peraturan jalan raya dan aspek teknikal kenderaan.

Menurut beliau, operasi pemantauan yang dijalankan di Terminal Bas Meru Raya, di sini memberi tumpuan khusus terhadap pemeriksaan bas ekspres bagi memastikan kenderaan perkhidmatan awam berada dalam keadaan selamat sebelum membawa penumpang pulang ke kampung halaman sempena Aidiladha.

“Pemeriksaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPJ Perak dalam memperkukuh penguatkuasaan sepanjang musim perayaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut statistik operasi, antara kesalahan utama yang dikesan ialah tiada perlindungan insurans sebanyak 119 kes, tiada lesen kenderaan motor (139 kes), tiada lesen memandu (103 kes), kesalahan teknikal (27 kes) dan lain-lain kesalahan sebanyak 86 kes.

Selain pemeriksaan kenderaan, program berkenaan turut melibatkan sesi santunan bersama penumpang dan orang awam yang sedang membuat persiapan pulang ke kampung halaman.

Dalam pada itu, Mohammad Yusoff mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak mengambil mudah aspek keselamatan ketika memandu sepanjang musim perayaan.

“Musim perayaan seharusnya menjadi waktu untuk bertemu insan tersayang, bukannya bertukar menjadi detik penyesalan akibat kecuaian di jalan raya.

“Patuhi peraturan, pandu dengan berhemah dan pastikan setiap perjalanan berakhir dengan selamat,”katanya.

Foto : JPJ Perak

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit