Polis serbu kediaman CEO GISB di Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan membuat serbuan di perumahan yang menjadi penempatan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji, di sini, hari ini.

Operasi berlangsung bermula jam 7 pagi itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

Menerusi operasi membabitkan tiga rumah terbabit termasuk yang didiami isteri kedua kepada CEO GISBH, lebih 20 kanak-kanak turut berada di rumah terbabit.

Setakat jam 8.30 pagi, polis melakukan pemeriksaan dalam kawasan rumah dan sekitarnya selain dilihat merampas pelbagai jenis buku berkaitan ajaran dan doktrin yang diperjuangkan oleh GISBH.

Difahamkan, kediaman terbabit sudah menjadi penempatan mereka sejak puluhan tahun lalu dengan ahli yang sering bertukar-tukar.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok