Lebih 20 tahun menanti, 164 penduduk Taman Idaman dapat genggam geran hak milik tanah

KLUANG – Lebih 20 tahun menanti hak pemilikan tanah dan rumah didiami akhirnya 164 penduduk Taman Idaman, Kluang berjaya memiliki geran hak milik.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, masalah pemilikan geran hak milik tanah pemilik rumah di Taman Idaman ini sudah membelenggu lebih 20 tahun namun setelah usaha daripada pasukan petugas khas (task force) melalui pegawai daerah Kluang dua tahun lalu akhirnya ia berjaya diselesaikan.

“Dah 20 tahun. Jadi kerajaan melalui Pegawai Daerah Kluang tubuhkan satu task force dan akhirnya urusan ini selesai.

“Jadi yang mana bayar urat tawaran pemilikan tanah (Notis 5A) yang ni ada 164 orang penerima dan Insya-Allah bila ada geran ini nilai rumah itu meningkat dan dia boleh serah kepada anak dan boleh jual sebagainya.

“(Masalah pemilikan geran tanah dan rumah) ini melibatkan ramai orang lama, isu ini banyak di Johor dan kerajaan sedang bekerja keras selesaikan satu per satu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan geran tanah kepada penduduk Taman Idaman, di Kampung Bentong pada Sabtu.

Menurut Mohd Jafni, Kerajaan Johor berusaha untuk mengurangkan karenah birokrasi bagi memudahkan masalah rakyat diselesaikan dengan tuntas dan berkesan.

“Paling penting kerjasama melibatkan semua agensi.

“Isu birokrasi kena dikurangkan, jadi kami (mudah) nak selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Ditanya adakah penyerahan geran hak milik tanah bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Mohd Jafni menafikannya, Adun Bukit Permai itu menjelaskan usaha pasukan petugas khas itu sudah digerakkan sejak 2 tahun lalu.

“Bukan sebab PRK (Mahkota), dah buat 2 tahun lepas,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, rata-rata penerima geran hak milik tanah di Taman Idaman itu melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor memandangkan perjuangan mendapatkan geran hak milik ini sudah terlalu lama.

Pesara guru, Aminah @Sapiah Mohd Yusof, 78, berkata, dia berasa sangat gembira dan syukur akhirnya rumah yang lama didiami menjadi hak milik kekal.

Aminah @Sapiah Mohd Yusof, 78, menerima agerak hak milik tanah yang disampaikan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

“Dah 20 tahun baru dapat, sudah lama tinggal baru dapat geran hari ini.

“Alhamduillah, seronoklah dah jadi hak milik kita. Terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri Johor,” katanya.

Seorang lagi, pesara kerajaan, Nastani Dimin, 73, pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana isu pemilikan selesai kerana rumah didiaminya terletak di lokasi yang strategik dan selesa.

Pesara kerajaan, Nastani Dimin, 73, menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Johor

“Perumahan kami ini strategik, di tengah-tengah bandar, balai polis dan masjid pun ada. Dulu beli dengan pemaju dan ada geran besar dan kini baru dapat pindah milik.

“Harga corner lot dulu saya dapat dalam RM69,000 untuk rumah kos sederhana rendah mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya yang sudah bersara pada 2007.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz