Ada bukti cubaan ahli hapus buku berkaitan doktrin, ajaran diperjuangkan GISB

KOTA BHARU – Polis merampas puluhan buku berkaitan ajaran dan doktrin yang diperjuangkan oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di tepi sungai berhampiran kediaman pengikut kumpulan berkenaan di Kampung Panji di sini pada Sabtu.

Puluhan buku itu ditemukan tertanam di kawasan tebing sungai berkenaan dan perbuatan itu dipercayai dilakukan selepas Ketua Pegawai Eksekutif GISBH ditahan polis pada Jumaat.

Kesemua buku yang ditanam itu dari jenis tebal dan besar ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sementara itu, sebahagian besar buku dilihat sudah dibakar dan keadaan lokasi masih berbau asap.

Selain polis, Op Global bermula jam 7 pagi itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin kanan termasuk CEO GISBH dan isterinya antara ditahan polis awal pagi tadi dalam Op Global susulan laporan rumah amal kendalian syarikat itu didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok