Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

LIMBANG – Program Berkarih Kami Masuk Kampung anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Limbang dilihat sebagai platform penting dalam menyemai budaya integriti dan membanteras rasuah di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, program bertemakan ‘Bersama Komuniti Menyemai Integriti’ itu mencerminkan komitmen kerajaan dan agensi penguatkuasaan dalam mendekati masyarakat setempat.

Menurutnya, integriti merupakan asas kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat kerana tanpa nilai tersebut, usaha pembangunan boleh terjejas serta menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

“Ketua masyarakat dan ketua kaum memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat serta menjadi contoh teladan kepada komuniti masing-masing.

“Oleh itu, penghayatan nilai integriti dan penolakan terhadap rasuah perlu bermula daripada kepimpinan di peringkat komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian di Limbang.

Beliau berkata, program itu turut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara SPRM Sarawak dan Pejabat Residen Bahagian Limbang melalui pemerkasaan kesedaran antirasuah dalam kalangan pemimpin komuniti.

Katanya, program berkenaan memberi peluang kepada masyarakat memahami dengan lebih mendalam berkaitan integriti dan antirasuah supaya mereka dapat menjadi agen penyampai maklumat kepada komuniti setempat.

“Saya selaku Ahli Parlimen Bahagian Limbang amat menyokong segala usaha berkaitan integriti dan antirasuah.

“Pelaksanaan pembangunan di Bahagian Limbang juga harus berteraskan prinsip integriti yang tinggi tanpa wujudnya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pemimpin politik perlu menjadi contoh kepada masyarakat dengan mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan kejujuran dalam setiap tindakan serta keputusan.

Tambah beliau, masyarakat juga perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang pelanggaran integriti kepada pihak berkuasa.

Hasbi berharap program tersebut mampu memberi impak besar kepada masyarakat di Bahagian Limbang dan menjadi model kepada daerah lain di Sarawak serta seluruh negara.

“Pendekatan turun padang seperti ini membuktikan kerajaan dan agensi penguatkuasaan sentiasa prihatin terhadap rakyat serta komited membina negara yang berintegriti tinggi,” katanya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram