PKR Sabah tegas perjuangan reformasi, MA63 diteruskan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menegaskan peletakan jawatan Ketua Cabang Tuaran dan Semporna tidak akan menjejaskan komitmen parti dalam meneruskan agenda reformasi serta perjuangan hak Sabah termasuk berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Penerangan PKR Sabah, Ahmad Farid Sainuri berkata, kekosongan jawatan kedua-dua cabang berkenaan kini dipangku Timbalan Ketua Cabang masing-masing dan struktur organisasi parti kekal utuh.

“Sebagaimana yang dilaporkan, semua sedia maklum bahawa Ketua Cabang Tuaran dan Semporna telah pun meletakkan jawatan sekaligus meninggalkan Keadilan.

“Dengan kekosongan jawatan Ketua-Ketua Cabang, Cabang Tuaran dan Semporna kini dipangku oleh Timbalan Ketua Cabang masing-masing dan struktur organisasi cabang kekal utuh mendukung agenda reformasi pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kongsinya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Tambah Ahmad Farid, perubahan dalam kepimpinan parti berkenaan tidak menjejaskan komitmen parti untuk terus memperjuangkan hak-hak Sabah, khususnya berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan agenda reformasi institusi demi kepentingan rakyat Sabah.

“⁠Komitmen PKR Sabah memperjuangkan MA63 bukan agenda baharu, ia telah diperjuangkan sejak awal penubuhan parti melalui Artikel 5.8 Perlembagaan Parti serta menjadi manifesto utama Pakatan Harapan dalam setiap pilihan raya dan kini sedang giat dilaksanakan di bawah Kerajaan MADANI melalui pelbagai langkah dasar dan pentadbiran yang memberi manfaat secara langsung kepada Sabah dan Sarawak

“⁠Di bawah Kerajaan MADANI, reformasi MA63 mencatat kemajuan terbaik apabila 13 daripada 29 tuntutan berjaya diselesaikan dan 9 daripadanya dicapai dalam tempoh pentadbiran hari ini.

“Antaranya termasuk pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah Sarawak di bawah AP182, penyerahan kuasa kawal selia gas dan elektrik kepada Sabah, pengukuhan pentadbiran kehakiman Sabah dan Sarawak, pindaan Ordinan Buruh serta penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada pelabuhan negeri Sarawak,” kongsinya.

Tambahnya lagi, Kerajaan MADANI juga telah meningkatkan geran khas interim Sabah dan Sarawak daripada RM125.6 juta kepada RM600 juta, selain memperuntukkan RM6.9 bilion pembangunan untuk Sabah tahun ini termasuk projek bekalan air, elektrik dan Pan Borneo.

“Terkni, penyelesaian 40% hak Sabah di bawah Kerajaan Madani telah pun diperingkat antara Kerajaan dengan Kerajaan (Government to Government) yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).

“Semua ini membuktikan bahawa perjuangan reformasi dan MA63 sedang dilaksanakan secara konsisten, demokratik dan berteraskan prinsip keadilan demi kepentingan rakyat,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai keputusan kedua-dua mantan Ketua Cabang terbabit, Ahmad Farid berkata, pihaknya menghormati keputusan kedua-duanya dan menghargai segala jasa serta sumbangan mereka sepanjang bersama perjuangan parti.

“⁠Kami percaya proses keluar masuk dalam politik adalah sebahagian daripada amalan demokrasi matang. Keadilan Sabah akan terus bergerak ke hadapan dengan saf kepimpinan baharu serta semangat perjuangan yang kekal utuh demi kestabilan politik tanah air.

“⁠Buat mantan Ketua Cabang Tuaran dan Semporna, kami mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan bakti sepanjang bersama perjuangan parti. Semoga ukhuwah yang terbina terus berkekalan,” ujarnya.

Pada 18 Mei lepas, Ketua Cabang PKR Tuaran, Mohamad Razeef Rakimin mengumumkan keluar parti serta melepaskan semua jawatan partinya dan pada Jumaat lepas, Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd Amin Abdul Mem turut mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti serta keluar daripada keahlian PKR.

Related Posts

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

LONG LAMA – Baram dilihat mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai destinasi pelancongan budaya utama di Bumi Kenyalang, didorong oleh kekayaan warisan tradisi, kepelbagaian etnik serta keindahan alam semula jadinya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

KUCHING – Pelaksanaan kod baharu menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) mendapat sokongan jitu daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam usaha membendung kanak-kanak daripada terus terdedah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan