RM5 juta diperuntuk bagi Dana Pemangkin Generasi MADANI, mula dibuka 1 Jun depan

KUALA LUMPUR – Permohonan Dana Pemangkin Generasi MADANI bernilai RM5 juta akan dibuka secara rasmi 1 hingga 30 Jun ini demi memberi sokongan terhadap penghasilan kandungan kreatif yang mengangkat aspirasi Malaysia MADANI.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, dana yang disediakan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu terbuka kepada syarikat tempatan dan organisasi belia yang layak.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata dana berkenaan meliputi lima kategori utama penerbitan iaitu telefilem, dokumentari, filem pendek, dokumentari pendek dan animasi.

“Melalui dana ini, Kementerian Komunikasi menerusi FINAS menyasarkan penghasilan kandungan yang mengangkat aspirasi Malaysia MADANI dengan memberi penekanan kepada pengukuhan jati diri, keharmonian, integriti dan perpaduan masyarakat.

“Kandungan yang dihasilkan juga perlu selaras dengan prinsip menghormati sensitiviti 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.

“Justeru, saya menyeru semua pihak yang layak agar merebut peluang ini dengan mengemukakan permohonan untuk terus berkarya, berinovasi dan menghasilkan produk seni yang kreatif, berkualiti tinggi serta memberi impak positif kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika berucap melancarkan Majlis Penutup Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Dana Pemangkin Generasi MADANI merupakan antara komponen strategik yang telah disusun bagi memperkukuh ekosistem belia kreatif  menerusi pelbagai inisiatif.

Katanya, ia termasuk Bengkel Komuniti Filem dan Belia Kreatif, Program Reel MADANI@Kampus, Ikon Belia Kreatif MADANI serta program kerjasama khas bersama Majlis Belia Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dalam majlis sama, Fahmi turut menyaksikan penyerahan Letter of Intent (LoI) daripada FINAS kepada TikTok Malaysia bagi kerjasama strategik dalam usaha membina ekosistem sokongan yang lebih kukuh dalam usaha melahirkan generasi pencipta kandungan berkaliber, beretika dan berdaya saing. 

“Kerjasama FINAS dan TikTok diyakini dapat membantu lebih ramai belia tempatan menghasilkan, mempromosi dan membawa karya kreatif mereka ke pasaran antarabangsa melalui sokongan industri, teknologi dan capaian global yang lebih luas,” katanya.

Selain itu, Fahmi turut menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Reel MADANI@Kampus kepada 15 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Program berkenaan merupakan ruang untuk menggalakkan pelajar dalam penerbitan kandungan video pendek atau reel berkualiti, kreatif dan berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI untuk penyertaan di Festival Filem Pendek dan Video (FFPV) anjuran FINAS.

  • Related Posts

    Perpaduan ummah atau perceraian politik?

    ‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

    ALOR SETAR – Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga bagi mengurangkan beban…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

    Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

    Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

    Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

    Perpaduan ummah atau perceraian politik?

    Perpaduan ummah atau perceraian politik?

    UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

    UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

    Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

    Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

    DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

    DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei