AMK Sabah tegas fokus persediaan PRU, seru politik matang dan beretika

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menegaskan tindakan dua Ketua Cabang PKR yang meninggalkan parti baru-baru ini tidak menjejaskan kekuatan organisasi mahupun kestabilan kepimpinan parti di negeri itu.

Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, seluruh kepimpinan AMK Sabah kekal utuh dan terus memberikan sokongan penuh kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Menurutnya, seramai 25 Ketua AMK Cabang di seluruh Sabah masih teguh bersama perjuangan parti dan komited memperkukuh gerak kerja menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“AMK Sabah mengambil maklum berhubung keputusan dua Ketua Cabang PKR yang keluar parti, namun perkara tersebut sedikit pun tidak menggugat semangat perjuangan dan kestabilan organisasi parti di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, dalam sebuah parti demokratik, perbezaan pandangan dan pendirian politik adalah perkara biasa, namun semua pihak perlu melihat keutamaan lebih besar demi masa depan parti dan rakyat.

“Keutamaan ketika ini bukan untuk melayani polemik politik yang berpanjangan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada persediaan menghadapi PRU yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Sehubungan itu, AMK Sabah akan terus memperkukuh jentera organisasi termasuk mendekati golongan muda, memperhebat agenda penerangan dan meningkatkan kesiapsiagaan jentera di semua peringkat,” kongsinya.

Tambahnya lagi, fokus utama AMK Sabah pada masa ini adalah memastikan PKR kekal relevan sebagai wadah perjuangan rakyat yang membawa agenda reformasi, kestabilan politik dan pembangunan masa depan negara khususnya di Sabah.

“Saya turut menyeru semua pihak agar mengamalkan budaya politik matang dan beretika serta mengelakkan serangan peribadi dan fitnah yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi politik negara.

“Politik yang sihat perlu berasaskan idea, dasar dan perjuangan rakyat, bukannya budaya permusuhan yang hanya melemahkan demokrasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas jasa dan sumbangan bekas pimpinan yang memilih meninggalkan parti berkenaan.

“AMK Sabah menghormati keputusan mereka dan mengucapkan terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan, kami mendoakan agar mereka terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

“AMK Sabah juga akan terus bergerak ke hadapan dengan semangat solidariti dan kesetiaan demi memperkukuh perjuangan parti serta memastikan agenda reformasi terus diperkasakan untuk rakyat dan negara,” tegasnya.

Pada 18 Mei lepas, Ketua Cabang PKR Tuaran, Mohamad Razeef Rakimin mengumumkan keluar parti serta melepaskan semua jawatan partinya dan terkini, Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd Amin Abdul Mem turut mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti serta keluar daripada keahlian PKR, pada Jumaat.

Related Posts

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan komitmennya untuk memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Ampang dan Pandan. Selain itu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

AMPANG – Pandan kini menjadi ‘Parlimen angkat’ baharu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perkembangan terbaharu melibatkan kepimpinan cabang berkenaan. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam