Akaun digital pengguna bawah 16 tahun bakal dikenakan sekatan bermula 1 Jun ini

KUCHING – Akaun digital milik pengguna di bawah usia 16 tahun bakal dikenakan langkah kawalan umur berserta sekatan secara rasmi bermula 1 Jun 2026.

Tindakan proaktif di bawah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) itu ditetapkan bagi menangani kandungan memudaratkan, terutama bagi melindungi kanak-kanak dan pengguna rentan daripada ancaman yang semakin meruncing.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerbitkan CPC dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) pada Jumaat di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA). 

Menurut beliau, menerusi penguatkuasaan kod-kod tersebut, kerajaan menerapkan prinsip ‘keselamatan melalui binaan’ yang merangkumi langkah kawalan umur serta sekatan ke atas akaun digital bagi pengguna di bawah umur 16 tahun. 

Usaha murni itu bukan sahaja memperkukuh pertahanan negara terhadap ancaman eksploitasi digital, malah memberi keyakinan dan ketenangan minda kepada ibu bapa dalam menavigasi landskap dunia siber yang semakin kompleks hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Kuching di Tropics City pada Jumaat. 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pelaksanaan kod berkenaan turut didorong oleh statistik buli siber dan gangguan dalam talian yang amat kritikal. 

MCMC telah membuat 59,290 permohonan dari tahun 2022 hingga April 2026 berhubung isu tersebut, di mana 44,676 daripadanya telah berjaya diturunkan oleh platform demi melindungi emosi dan keselamatan pengguna.

Mengulas lanjut mengenai ancaman siber, Teo mendedahkan bahawa trend kes penipuan dalam talian menunjukkan peningkatan yang sangat membimbangkan. 

Berdasarkan rekod, kes melonjak lebih dua kali ganda pada tahun 2025 iaitu sebanyak 74,744 kes dengan jumlah kerugian drastik sebanyak RM2.9 bilion, berbanding 35,470 kes berserta kerugian mencecah RM1.5 bilion pada tahun 2024. 

Malah, bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga April 2026, sebanyak 23,367 kes penipuan dalam talian telah dilaporkan yang melibatkan kerugian sebanyak RM680.3 juta.

Bagi memastikan keselamatan pengguna terus terpelihara, Kementerian Komunikasi melalui MCMC giat melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan Internet dalam kalangan masyarakat. 

Sejak dilancarkan pada Januari 2025 sehingga 30 April 2026, lebih 11,000 program telah dilaksanakan dengan melibatkan lebih 1.8 juta peserta di seluruh negara. 

Kempen di Sarawak turut mencatatkan perkembangan memberangsangkan dengan penyertaan seramai 114,608 peserta daripada institusi pendidikan, manakala daerah Kuching dan kawasan sekitarnya sahaja merekodkan penglibatan seramai 26,616 peserta.

Teo mengingatkan usaha membina ekosistem digital yang selamat tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya menuntut komitmen semua pihak melalui mesej ‘Internet Selamat, Tanggungjawab Semua’. 

Beliau menggesa orang ramai agar tidak berdiam diri, sebaliknya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berhadapan dengan sebarang ancaman atau jenayah siber supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Related Posts

Warna-warni pra Gawai, Hari Guru SMK Three Rivers bukti keharmonian Mukah

MUKAH – Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers bertukar ceria dan penuh warna-warni apabila warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat berhimpun bagi menjayakan sambutan ‘tiga dalam satu’…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpecahan dalam PN bukti politik ekstrem dan sentimen tidak jamin kestabilan negara

KEMELUT yang semakin jelas berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) hari ini memperlihatkan wajah sebenar gabungan tersebut yang sejak awal lebih banyak dibina atas asas politik kebencian, sentimen agama dan permainan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warna-warni pra Gawai, Hari Guru SMK Three Rivers bukti keharmonian Mukah

Warna-warni pra Gawai, Hari Guru SMK Three Rivers bukti keharmonian Mukah

Perpecahan dalam PN bukti politik ekstrem dan sentimen tidak jamin kestabilan negara

Perpecahan dalam PN bukti politik ekstrem dan sentimen tidak jamin kestabilan negara

29 rakyat Malaysia peserta GSF 2.0 selamat di Istanbul, pulang Ahad

29 rakyat Malaysia peserta GSF 2.0 selamat di Istanbul, pulang Ahad

Majlis Tilawah al-Quran Betong perkasa syiar Islam, Saratok rangkul dua anugerah baharu

Majlis Tilawah al-Quran Betong perkasa syiar Islam, Saratok rangkul dua anugerah baharu

Tubuh parti baharu alih tumpuan isu utama rakyat, gugat kestabilan

Tubuh parti baharu alih tumpuan isu utama rakyat, gugat kestabilan

Jualan Rahmah MADANI Hospital Miri dapat sambutan menggalakkan

Jualan Rahmah MADANI Hospital Miri dapat sambutan menggalakkan