Tiga wanita, seorang lelaki cedera nahas dua kenderaan

MUKAH – Empat individu berdepan detik cemas selepas mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di laluan berhampiran Kingwood Resort Mukah-Balingian pada Jumaat.

Nahas yang dilaporkan berlaku pada jam 11.45 pagi itu melibatkan mangsa yang menaiki kenderaan Perodua Alza dan kereta Proton Saga.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 12 tengah hari, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dan Proton Saga.

“Terdapat dua mangsa di dalam Perodua Alza iaitu masing-masing seorang lelaki dan wanita, manakala dua lagi mangsa wanita berada di dalam Proton Saga,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kesemua mangsa bagaimanapun telah berjaya dikeluarkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum ketibaan jentera bomba di tempat kejadian.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan menggunakan ambulans APM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Mustapha Wasli seterusnya menjalankan pemantauan serta kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di atas jalan raya.

Pihak bomba turut membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalihkan kenderaan ke bahu jalan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aliran trafik sebelum operasi terkawal pada jam 12.10 tengah hari.

Foto: JBPM Sarawak

Related Posts

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran