RM1.32 juta diperuntukkan bagi Jualan Makmur Aidiladha tahun ini

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan RM1.32 juta bagi tujuan pelaksanaan Jualan Makmur sempena Aidiladha tahun ini.

Peruntukan itu adalah bagi membantu penduduk di Pahang membeli barangan keperluan asas dan membuat persiapan untuk sambutan Aidiladha.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, jumlah peruntukan berkenaan digunakan bagi menanggung diskaun 45 barangan yang tersenarai menerusi program Jualan Makmur.

“Program Jualan Makmur adalah antara inisiatif Kerajaan Pahang dalam menyediakan barangan keperluan asas pada harga yang lebih berbanding hari biasa.

“Sempena Aidiladha yang bakal disambut 27 Mei, terdapat 45 jenis barangan keperluan asas ditawarkan pada harga 30 peratus lebih rendah.

“Jualan Makmur ini bermula 16 Mei hingga 25 Mei dan diadakan di semua daerah di Pahang,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemantauan harga sempena Jualan Makmur di sini, hari ini.

Chon Siang memaklumkan, program Jualan Makmur itu diadakan di 30 lokasi terpilih, termasuk pasar raya yang mengambil bahagian merangkumi 11 daerah di Pahang.

Katanya, selain 45 barangan sedia ada dalam senarai, pihaknya juga sedang meneliti permintaan daripada orang ramai untuk menambah jumlah barangan lain bagi Jualan Makmur pada masa akan datang.

“Macam untuk Aidiladha, ikan tidak ada dalam senarai Jualan Makmur, tapi ada pelanggan yang memohon agar ia juga dimasukkan dalam senarai.

“Jadi, perkara ini kita akan teliti dan tambah baik bagi pelaksanaan Jualan Makmur selepas ini,” jelasnya.

Related Posts

Pemuda maut, motosikal langgar lembu

TAPAH – Perjalanan pulang seorang pemuda berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal ditunggang dipercayai melanggar seekor lembu dalam kejadian di Kilometer 12, Jalan Tapah-Changkat Petai, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perkukuh autonomi kesihatan melalui reformasi dasar negeri

KOTA KINABALU – Sabah terus mengorak langkah memperkukuh sistem kesihatan negeri menerusi beberapa cadangan pembaharuan yang kini sedang diperhalusi kerajaan negeri. Antara langkah yang diberi perhatian termasuk pindaan Ordinan Kesihatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda maut, motosikal langgar lembu

Pemuda maut, motosikal langgar lembu

Sabah perkukuh autonomi kesihatan melalui reformasi dasar negeri

Sabah perkukuh autonomi kesihatan melalui reformasi dasar negeri

Diwarmas angkat etika digital berteraskan nilai murni pelihara budi pekerti

Diwarmas angkat etika digital berteraskan nilai murni pelihara budi pekerti

Misteri kereta hilang terungkai, Nissan Almera ditemukan dalam Sungai Senai tanpa pemandu

Misteri kereta hilang terungkai, Nissan Almera ditemukan dalam Sungai Senai tanpa pemandu

PKR Kemaman kekal utuh, setia bersama kepimpinan presiden – Ahmad Nazri

PKR Kemaman kekal utuh, setia bersama kepimpinan presiden – Ahmad Nazri

RM1.32 juta diperuntukkan bagi Jualan Makmur Aidiladha tahun ini

RM1.32 juta diperuntukkan bagi Jualan Makmur Aidiladha tahun ini