Sabah perkukuh autonomi kesihatan melalui reformasi dasar negeri

KOTA KINABALU – Sabah terus mengorak langkah memperkukuh sistem kesihatan negeri menerusi beberapa cadangan pembaharuan yang kini sedang diperhalusi kerajaan negeri.

Antara langkah yang diberi perhatian termasuk pindaan Ordinan Kesihatan Awam (PHO), penerimaan Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Akta 371) serta penubuhan majlis penasihat kesihatan negeri bagi memperkasakan tadbir urus dan autonomi kesihatan Sabah.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR), Datuk Julita Majungki berkata, langkah itu bagi mendapatkan pandangan menyeluruh sebelum cadangan dibawa ke Kabinet Negeri dan platform berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63).

Jelasnya, pendekatan ‘team government’ perlu menjadi asas dalam memperkukuh sistem kesihatan Sabah tanpa menjejaskan peranan mana-mana agensi sedia ada.

“Kita bukan mahu mengambil alih tugas sesiapa, tetapi mahu memastikan perkara yang masih perlu diperbaiki dapat dilaksanakan bersama sebagai satu pasukan.

“Pandangan yang dikumpulkan hari ini akan diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat pembuat dasar termasuk Kabinet Negeri dan jawatankuasa berkaitan,” katanya ketika merasmikan Bengkel Kesihatan anjuran KWKKR di The Magellan Sutera Harbour, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Julita berkata, Sabah juga perlu melihat keperluan memperkukuh beberapa aspek perundangan kesihatan awam termasuk isu fluoridasi dan pengurusan pembentungan yang mempunyai implikasi langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Tambah beliau, beberapa cadangan berkaitan PHO dijangka dibawa ke peringkat perbincangan lanjut bersama kementerian serta jawatankuasa teknikal MA63 dalam masa terdekat sebelum dimuktamadkan di peringkat lebih tinggi.

“Kalau kita perlu pergi ke Kabinet, kita pergi ke Kabinet. Kalau perlu ke Dewan Undangan Negeri untuk meluluskan enakmen tertentu, kita akan lakukan demi kepentingan Sabah,” katanya.

Bengkel tersebut disertai oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS); Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP); Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Persatuan Farmaseutikal Sabah (SPS); Persatuan Perubatan Malaysia (MMA); Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR) dan Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah, serta wakil sektor kesihatan lain.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar