Diwarmas angkat etika digital berteraskan nilai murni pelihara budi pekerti

KUCHING – Rentak pantas arus pendigitalan tidak seharusnya meminggirkan golongan warga emas, sebaliknya mereka perlu sentiasa dipandu dengan etika penggunaan teknologi yang selamat agar tidak menjadi mangsa manipulasi.

Tampil menyantuni keperluan tersebut, program Kebenaran dalam Digitalisasi dari Aspek Islam dianjurkan oleh Kelab Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) untuk memperkasa golongan itu dengan ilmu literasi digital, di samping memupuk nilai moral yang tinggi ketika melayari platform media sosial.

Berlangsung di Bilik Konferen 2, Pustaka Negeri Sarawak pada Khamis, program itu menjadi medan penting untuk mendidik masyarakat awam menapis lambakan maklumat di alam maya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata, proses menuntut ilmu pada era siber masa kini menuntut keikhlasan niat serta kepekaan yang tajam daripada setiap individu.

Beliau memberi peringatan kemudahan akses maklumat dalam talian turut membawa ancaman tersendiri, termasuk kemunculan individu tertentu memanipulasi agama.

“Pada zaman ini, pembelajaran dalam talian ada bermacam-macam. Jadi kita sendirilah yang perlu pandai menilai kebenarannya.

“Masyarakat tidak boleh mengikut secara membabi buta. Menuntut ilmu itu memang wajib, tetapi jika kita sekadar mengikut tanpa usul periksa, itu yang akan mendatangkan masalah,” katanya ketika memberi ucapan pada program Kebenaran dalam Digitalisasi dari Aspek Islam anjuran Diwarmas pada Khamis.

Menurut Japri, setiap usaha menuntut ilmu ke arah kebaikan pasti akan dinilai oleh Tuhan, justeru kecekalan dan niat yang lurus amat penting bagi mengelakkan diri daripada terpesong oleh anasir yang merosakkan hati.

Sementara itu, penceramah jemputan, Ahmad Nizam Johari dalam perkongsiannya menegaskan, setiap jejak digital seperti hantaran, klik dan perkongsian di media sosial merupakan cerminan integriti yang akan dipersoal kelak.

Oleh itu, beliau mengingatkan masyarakat, termasuk golongan warga emas, agar mengamalkan konsep tabayyun sebelum menyebarkan sebarang berita.

“Media sosial hari ini sangat mudah digunakan untuk memfitnah, mengaibkan dan mengadu domba.

“Malah, apabila kita menceritakan atau menularkan keaiban saudara kita, walaupun cerita itu kebetulannya benar, perbuatan tersebut tetap mencela dan disifatkan sebagai sifat mazmumah (buruk),” tegasnya.

Bagi menyuburkan ekosistem digital yang selamat, Ahmad Nizam turut menyentuh tentang soal amanah dalam menjaga kerahsiaan dan data privasi individu.

Ujarnya, masyarakat bebas memanfaatkan kecanggihan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) atau platform media sosial, namun ia mestilah dijadikan medium ke arah kebaikan seperti berkongsi ilmu yang sahih, dan bukannya alat memanipulasi maklumat.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak